in

“Mengamuk jalin hubungan dengan lelaki lain” – Anggota Polis Pukul Teman Wanita Dengan Besi Sebab Cemburu

Pukul Besi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab itulah orang tua-tua selalu bagi nasihat, kalau bercinta atau nak cari suami, jangan pilih lelaki panas baran dan kuat cemburu. Parah kita dibuatnya.

Macam berita yang berlaku baru-baru ini. Menurut Harian Metro, seorang wanita parah dipukul batang besi oleh teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas wanita itu didakwa berlaku curang. 


Kejadian yang berlaku di Bandar Puchong Jaya sekitar jam 5.30 petang, Jumaat lalu terjadi apabila suspek berusia 34 tahun katanya ke pangsapuri wanita tersebut dan memaksanya turun untuk bertemu.

Cinta 1

Mangsa, 46 enggan bertemu hingga kemudian menyebabkan anggota polis terbabit menyerangnya dengan batang besi akibat naik angin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, suspek kemudian merosakkan tiga kereta iaitu Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa, anak dan suami anaknya. Aiyoo… 

Kejadian tersebut juga disaksikan oleh anak perempuan mangsa yang berusia 26 tahun.

“Jiran mereka turut memaklumkan anak mangsa yang ibunya dipukul dengan besi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian. Susulan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek mengamuk kerana cemburu apabila wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan lelaki lain,” kata polis dalam kenyataan semalam.

Cinta 2
Kaki mangsa cedera

Berdasarkan ujian air kencing, pihak polis mendapati suspek positif methamphetamine. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Haih macam-macam ye dunia sekarang ni. 

Baca: “Jangan bagi dia lepas” – Remaja Ipoh Mati Dipukul ‘Abang Angkat OKU’ Dengan Tukul Kerana Cemburu Ada Kekasih

Tukul

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.