in

Mengaku Bagi Kenyataan Palsu, Pengurus Tangmo ‘Warning’ Suspek Lain Buka Mulut

ft gatick mengaku bagi kenyataan salah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengurus mendiang pelakon Nida Patcharaveerapong atau lebih dikenali sebagai Tangmo Nida telah mengaku memberikan kenyataan palsu kepada polis, Ketua Polis Daerah Muang di Nonthaburi, Pol Col Jaturon Anurakbundit berkata, pengakuan itu dibuat pada hari Isnin (4/4/2022).

Walaubagaimanapun, Pol Col enggan kongsikan pendedahan yang dibuat oleh Idsarin Juthasuksawat atau lebih dikenali dengan Gatick, lapor Bangkok Post.


Gesa 4 suspek lain buka mulut

Difahamkan, Gatick yang juga kawan rapat Nida mengambiil masa selama 2 jam menceritakan hal sebenar selepas didesak dan disebabkan itu, Gatick telah didakwa kerana tindakan itu boleh membuatkan kesusahan kepada orang lain.

gatick

Jika disabit bersalah, dia boleh dikenakan hukuman denda sehingga 4,000 baht (RM500) atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika pengakuan dibuat, Gatick diiringi oleh bekas Ahli Parlimen daerah Palang Pracharath, Sira Jenjaka yang kini merangkap penasihatnya.

Ekoran dengan pengakuan itu, Gatick telah menggesa dan memberi amaran kepada 4 suspek yang ada diatas bot tersebut untuk ‘buka mulut’ dan ceritakan hal sebenar.

Dalam pada itu, pihak polis syak dan akan mendakwa seorang lelaki yang menjadi ‘penasihat’ kepada kelima-lima orang yang berada di atas bot tersebut berkenaan dengan apa yang mereka harus cakap dengan penyiasat.

3 281

Dalam pada itu, rakan yang lain, Nitas turut hadir ke balai polis yang sama pada hari tersebut atas tuduhan bersubahat dengan suspek lain dan menghapuskan bahan bukti.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada malam 26 Februari dipercayai lemas.

Baca : “Terasa sedih dia” – [VIDEO] Ramai Sebak Tengok Bekas Suami & Teman Lelaki Tangmo Saling Berpelukan

page tangmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.