Sudah pasti kalau ditanya tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini adalah berita kematian aktres dari Thailand yang mendapat perhatian orang ramai terutamanya dari Malaysia dan juga Indonesia.
Baru-baru ini juga pihak Tangmo telah mengesahkan bahawa majlis pengebumian mendiang telah diadakan selama tiga hari berturut-turut. Difahamkan juga ramai rakan selebriti yang turut hadir ke majlis tersebut.
Walau bagaimanapun, satu klip dari TikTok menerusi akaun @hannana ini telah meruntun jiwa orang ramai kerana ianya melibatkan bekas suami dan juga teman lelaki Tangmo. Jumlah tontonan pun dah lebih 9 juta!
@hannanajj Balas @faranuna Tono menangis saat moment pernikahan mereka muncul di layar, bird kuatkan tono #แตงโม #โตโน่ #เบิร์ด #tonopakin #tangmonida #tangmo #crying #fyp #fypシ #funeral #ex
Dari video tersebut, kelihatan bekas suami Tangmo iaitu Tono Phakin Khamwilaisak menitiskan air mata selepas gagal menahan perasaan sedihnya sebaik saja video kompilasi gambar-gambar perkahwinannya bersama Tangmo disiarkan.
“Hati Bird ni dibuat daripada apa?”
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah interaksi antara Tono dan juga teman lelaki Tangmo yang dikenali sebagai Bird yang berpelukan sebagai tanda saling memujuk. Aksi mereka berdua itu telah menjadi perbualan orang ramai yang rata-rata sebak melihatnya.
“bird tu hati dia trbuat dri apa ya??? terlampau baik…walau sdng sedeh masih mampu menenangkn ex hsbn mo…” – Komen netizen
Disebabkan itu, ramai juga yang mengatakan bahawa impak kematian Tangmo sangat besar sehinggakan bekas suaminya turut merasa kehilangan. Tak kurang juga yang masih mengharapkan agar kebenaran kes itu dapat dirungkai.
Betul lah tu… Min pun sampai sekarang masih terkejut setiap kali tahu update pasal cerita Tangmo ni…
Baca: “Ni tang mano?” – [VIDEO] Isteri Shuk Dakwa Wajah Iras Tangmo, Ini Jawapan Netizen