in

Mayat Wanita Bujang 30-an Yang Tinggal Berseorangan Ditemui Dalam Keadaan Leher Dijerut

Maut

Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan leher dijerut di dalam sebuah rumah sewa di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang, Selangor.

Dia yang tinggal berseorangan dipercayai mati lebih 24 jam sebelum ditemui, menurut laporan wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap siasatan awal mendapati bahawa mangsa merupakan kakitangan sebuah NGO, satu  pertubuhan dakwah,tarbiah dan kebajikan yang dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kajang, ASP Mohd Zaid bin Hassan berkata, mayat mangsa ditemui sekitar jam 9 pagi tadi. Tambahnya, laporan polis diterima oleh salah seorang rakan sekerjanya, lapor The Star. 

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Almarhumah Nik Khatijah binti Nik Mud, 32, merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat IKRAM sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.

PERGINYA KAKITANGAN KOMITED, ALMARHUMAH NIK KHATIJAHHari ini Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menerima berita duka…

Posted by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Sunday, March 7, 2021

 

Dalam pada itu, sebelum ini tular satu perkongsian di Twitter oleh seorang lelaki yang dikatakan sabahat kepada mangsa mengenai kehilangan Nik Khatijah.

Menurutnya, mangsa hilang tanpa dapat dikesan, keretanya ditemui di awasan Econsave Jalan Reko dalam keadaan yang mencurigakan.

Ev6Uenhvcaeappm 1

Walaubagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan, Mana-mana saksi yang ada maklumat boleh hubungi ASP Ismail Ahmad di talian 019-2306107.

Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa

 

Baca : “Patutnya dia discharge semalam” – Pesakit Covid-19 Wanita Ditemui Mati Lepas Terjun Dari Tingkat 8 Hospital Di Sabah

Wanita

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter