in

Mayat Ibu Kepada OKU Lembam Yang Dihanyutkan Banjir Ditemui, Lokasi Tidak Jauh Dari Mayat Anak

Mayat Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita yang dihanyutkan arus deras bersama anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, semalam ditemui lemas kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mayat Salmah Mat Zain, 46, ditemui kira-kira 15 minit selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada pukul 7.30 pagi tadi.


Sebelum itu, mayat anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa pada jam 5.35 petang semalam, lapor Buletin TV3.

Artikel berkaitan: Seorang Wanita & Anak OKU Hilang Dihanyutkan Arus Deras Ketika Banjir Di Kuala Nerang

Artikel berkaitan: Banjir Di Kedah Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 7,494 Pagi Ini

Mayat Ibu
Mayat salmah ditemui 15 minit selepas operasi sar dijalankan, pagi tadi.

“Operasi SAR menemukan mayat mangsa tidak jauh dari tempat anaknya dijumpai.

“Mayat mangsa ditemui tersangkut di bawah timbunan pelepah sawit dan tunggul kayu,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tujuan bedah siasat.

Dalam pada itu, Mulkiaman berpesan kepada masyarakat agar tidak meredah banjir bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Semua mangsa banjir juga diminta untuk segera berpindah jika diarah berbuat demikian demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.