in

“Mask bukan untuk kami je!”- Bella Hadid Sengaja ‘Pose’ Depan Sekumpulan Polis Yang Tak Pakai Mask

Hadid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2020 dan COVID-19 boleh diibaratkan seperti isi dan kuku. Setiap hari akan ada sahaja berita berkaitan wabak ini seperti kemas kini kes jangkitan, jumlah kematian dan tidak terlepas cerita tentang telatah orang ramai dalam membiasakan diri dalam norma baharu ini.


Seperti kita sedia maklum, pemakaian mask sudah menjadi kewajipan apabila berada di tempat awam. Hal ini telah disarankan oleh World Health Organization (WHO) dalam mengawal wabak ini dari terus merebak. Kalau tak pakai orang pon pandang kita pelik kan?

Mask4

Di Malaysia, kita dikawal oleh pihak perkuasa seperti polis dan pengawal keselamatan untuk memastikan kita mengikut Posedur Operasi Standard (SOP) pada setiap masa.

Lain pula cerita yang dikongsikan oleh supermodel terkenal, Bella Hadid di laman Instagram miliknya apabila dia bertindak menempelak pihak polis di kota New York yang tidak memakai mask ketika bertugas.

Menerusi postingnya itu, Bella telah ‘pose’ dihadapan sekumpulan polis dengan kapsyen,

“Hi @nypd , pelitup muka untuk keselamatan kita semua, bukan hanya kalian”

Posting ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang telah screenshot posting tersebut dari Instagram Bella.

Kesan dari perkongsian ini, Bella telah menerima pelbagai komen yang mengatakan Bella seorang yang berani. Walau bagaimanapun, Bella juga tidak terlepas dari komen negatif yang mendakwa Bella tidak menghormati pihak polis dan perlu membuat permohonan maaf.

H2 1

H

Orang Amerika memang lantang bersuara. Kalau diorang tak puas hati je memang kena la! Kita jangan ikut pulak. Malaysia ni kan kaya dengan budi bahasa. Benda boleh bincang.

 

Baca: BAHAYA! Covid-19 Bunuh Seorang Pesakit Setiap 15 Saat Di Seluruh Dunia

Featured 4

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.