“Masa kecik taknak mamp*s, dah tua menyusahkan”- Jijik! Wanita Jilat Satu Tub Aiskrim, Sebelum Letak Balik Dalam Freezer Pasar Raya

Ingat dah settle dah kes macam ‘picit roti’ kat Family Mart, rupanya ada lagi dan kali ini boleh dikatakan lebih teruk lagi.

Baru-baru ni satu video viral menunjukkan seorang wanita menjilat aiskrim di sebuah supermarket sebelum meletakkan kembali di dalam freezer.

Bagaimanapun perkara menjijikkan itu tidak dapat dikenalpasti berlaku di mana..korang patut bersyukur sebab bukan berlaku kat Malaysia.

Dalam video tersebut korang boleh tengok bagaimana wanita itu buka penutup tub aiskrim sebelum menjilat di bahagian atas aiskrim tersebut.

Dia kemudiannya meletakkan kembali aiskrim itu di tempat asal dan berlalu pergi sambil ketawa..psiko kan?

Video yang dimuatnaik pada Sabtu lalu sehingga kini memperoleh 11.3 juta tontonan di twitter dengan lebih 27,000 retweets.

Kalau korang tengok betul-betul video berdurasi 9 saat tersebut, jelas kedengaran suara di belakang kamera berkata :

“lick it” , “put it back , put it back”

Rata-rata netizen memang marah dengan perbuatan ‘tak bertamadun’ wanita tersebut selain dianggap sebagai perilaku yang menjijikkan.

 

P/s : Dengar cerita syarikat aiskrim tengah bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak pasaraya untuk menjejaki wanita dalam video tersebut.

Baca : “Dah lah tak hensem, bodo pulak tu” -Budak ‘Rempit’ Hancur  Rosakkan Makanan Family Mart Dikecam Netizen Lepastu…

 

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.