in

“Dah lah tak hensem, bodo pulak tu” -Budak ‘Rempit’ Hancur & Rosakkan Makanan Family Mart Dikecam Netizen Lepastu…

My Post 2019 06 21T105601.347

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
“Dah lah tak hensem, bodo pulak tu” -Budak ‘Rempit’ Hancur & Rosakkan Makanan Family Mart Dikecam Netizen Lepastu…
Loading
/

Admin tak tahulah apa yang dorang ni fikir sebelum upload benda-benda macam ni. Dorang betul-betul ke rasa buat benda macam ni kelakar? Kelakar ke masalahnya?


Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter @pedoqpop kongsikan satu video IG Story yang menunjukkan seorang lelaki, ‘buat kelakar’ dengan merosakkan makanan-makanan di Family Mart yang baru dibuka di Nilai Negeri Sembilan. Korang tengoklah sendiri video dia kat bawah ni.

Perangai apalah yang budak-budak ni buat? Habis makanan tu dorang picit-picit. Lepastu, dorang siap tukar-tukar lagi susunan barang-barang dekat situ. Tak cukup dengan tu, dorang boleh pulak bukak air botol lepastu minum dan letak balik. Ish admin yang tengok ni pun rasa geram je dengan bebudak ni. Tak belajar adab ke?

Namun, bila video ini dah tular dalam masa beberapa jam. Budak-budak lelaki dalam video ni mula mendapat kecaman hebat dari netizen yang rata-ratanya menyampah dengan perangai dorang ni.

Screenshot 2019 06 21 At 11.56.23 Am Screenshot 2019 06 21 At 11.57.03 Am Screenshot 2019 06 21 At 11.57.18 Am Screenshot 2019 06 21 At 11.57.41 Am

Akibat dari kecaman yang diterima dari netizen, Luqman, lelaki yang upload video kawannya merosakkan harta benda ni telah pun memuat naik satu lagi video mengatakan dorang dah bayar semua makanan yang dia dah rosakkan.

Namun, penjelasan mereka tak mendapat penerimaan yang baik dari netizen dan meminta bukti resit yang menunjukkan semua makanan yang rosak tersebut memang betul dah dibayar.

Screenshot 2019 06 21 At 12.10.47 Pm Screenshot 2019 06 21 At 12.11.08 Pm Screenshot 2019 06 21 At 12.11.32 Pm

Selepas video kedua yang turut mendapat kecaman, Luqman memuatnaik video ketiga menunjukkan rakannya ini meminta maaf dengan netizen dan mengatakan yang dorang juga dah minta maaf dengan pekerja di Family Mart serta akan bertanggungjawab membayar barang-barang yang dorang dah rosakkan.

https://www.instagram.com/p/By7_ylfHdV2/?utm_source=ig_embed

Keikhlasan tak boleh dinilai dari muka, hanya kami dan Allah saja yang tahu keikhlasan hati kami.”

Hm, inilah masalahnya kalau tak fikir dulu sebelum upload sesuatu. Perangai macam ni bukan je menyusahkan orang lain, tapi juga salah dari sisi undang-undang sebab merosakkan harta benda. Sanggup ke masuk penjara sebab buat benda macam ni?

 

Baca: “Pejadah study kat Family Mart” – Netizen Bengang Trend Student Study Tak Kena Tempat, Conquer Meja Kat Restoran Fast Food

Screenshot 2019 06 21 At 12.18.43 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.