in

Mandikan Jenazah Wanita Maut Akibat COVID 19, 4 Petugas Lelaki Disiasat Kerana Tak Tepati Syariat Islam

Mandikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proses pengendalian jenazah seorang wanita di Indonesia dikatakan tidak menepati syariat Islam apabila empat lelaki yang merupakan petugas forensik telah disiasat selepas memandikan jenazah tersebut.


Menurut Astro AWANI, insiden yang berlaku pada 20 September 2020 di Hospital Djasemen Saragih, Kota Pematangsiantar, Indonesia ini telah didakwa sebagai suatu perkara yang menghina agama Islam kerana memandikan jenazah wanita bukan mahram. 

51613977679 Bodybag

Untuk rekod, petugas kesihatan tersebut telah memandikan jenazah wanita berusia 50 tahun selepas disyaki meninggal dunia akibat COVID 19. Wanita itu juga menurut laporan telah meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Walau bagaimanapun, mereka kemudian disiasat selepas suami pesakit, Fauzi Munthe membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Dia tidak bersetuju apabila mendapat tahu empat lelaki telah memandikan jenazah isterinya yang jelas-jelas mereka bukanlah mahram kepada wanita Islam itu. 

Dd004978 4757 4B49 8329 092E9Ed116Bd 43

Susulan berita ini, jurucakap pihak berkuasa, M Chadafi berkata, petugas kesihatan tersebut macam manapun tak ditahan kerana mempunyai tugas khusus untuk menguruskan jenazah dalam tempoh pandemik Covid-19.

Kita khuatir jika tindakan menahan mereka itu nanti menyebabkan urusan di bilik forensik seperti memandikan jenazah dan sebagainya tergendala.

“Lagipun, pandemik masih belum reda lagi ketika ini,” katanya.

Ketua Dewan Pengurus Wilayah (DPW PPNI) Sumut, Mahsur Al Hazkiyani pula berkata, jururawat di Kota Pematangsiantar tetap profesional untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa membezakan agama, jantina mahupun latar belakang.

Kes ini sekarang dirujuk kepada Badan Kehakiman Negeri Siantar untuk tindakan selanjutnya serta pihak hospital dan Majlis Ulama Indonesia juga diambil keterangan berkenaan hal ini.

Uish jangan main-main dengan isu libatkan agama ni sebab ia berkaitan fardhu kifayah, berdosa tau. 

Baca: Tak Percaya Jenazah COVID 19 Telah Disolatkan, Penduduk Tergamak Halang Ambulans & Gunting Kain Kafan

Jenazah

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.