in

Tak Percaya Jenazah COVID 19 Telah Disolatkan, Penduduk Tergamak Halang Ambulans & Gunting Kain Kafan

Cungkil Peti Mayat E1642208281475

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika di Malaysia, kalau seseorang itu meninggal akibat COVID 19, jangankan kata orang kampung, family dia pun tak boleh nak dekat dengan jenazah. Hanya mampu tengok jenazah ditanam daripada jauh sahaja.


Tapi lain pula ceritanya di Indonesia, menurut Tribunnews, sekumpulan penduduk telah menghalang kereta ambulans yang sedang membawa peti mayat jenazah COVID 19 gara-gara mereka tidak percaya mayat tersebut telah disolatkan. 

Ohsem Mayat Covid19 Indon 160620

Yang paling buat admin terkejut, penduduk-penduduk ni kiranya ‘berani mati’ lah juga apabila mereka telah mencungkil peti mayat tersebut dan menggunting kain kafan demi untuk periksa sama ada betul atau tidak mayat terbabit telah disolatkan.

 

Petugas kesihatan sudah tunjuk video mayat disolatkan 

Demi untuk meyakinkan penduduk, petugas kesihatan yang membawa mayat itu telah menunjukkan video mereka melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut. Malah mereka juga siap tunjuk surat hasil swab COVID 19 terhadap jenazah berkenaan.

Tapi nampaknya apa saja yang dilakukan petugas kesihatan masih tak dapat buat penduduk di situ percaya. Adoi payah macam ni. 

Menurut laporan, tiga individu yang cuba merampas mayat tersebut telah ditahan pihak polis atas perbuatan mereka. Mereka juga katanya telah melanggar undang-undang kuarantin yang ditetapkan kerajaan Indonesia.

Malam Pemakaman Jenazah Covid 19

Berdasarkan siasatan, ketiga-tiga orang yang membuat kacau itu merupakan ahli keluarga arwah dan pencungkil serta gunting telah dirampas daripada mereka.

Mereka juga katanya telah menghasut dan membuat provokasi terhadap penduduk setempat untuk menghalang ambulans dan mengambil jenazah secara paksa saat kenderaan tersebut tiba di rumah mayat.

Adui macam-macam hal ye. Tak takut ke ramai-ramai berkumpul tu kena COVID 19? 

Baca: “Setiap hari ada mayat” – Cerita Penggali Kubur Di Indonesia Ketika Menguruskan Jenazah Covid-19

Mayat

Sumber: Surya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.