Baru-baru ini telah kecoh di media sosial apabila seorang wanita telah membuat pendedahan dengan mendakwa dirinya hamil selepas menjalinkan hubungan dengan seorang selebriti lelaki.
Wanita berkenaan turut mendakwa bahawa selebriti itu tidak mahu bertanggungjawab serta memintanya menggugurkan kandungan berkenaan.
Walaupun tidak menyebut nama selebriti tersebut, rata-rata netizen mula membuat andaian serta menuduh penyanyi, Ismail Izzani terlibat dalam perbuatan ini.
Susulan perkara itu menjadi tular serta mendapat perhatian orang ramai, ibu kepada penyanyi berkenaan, Datin Suliza Salam tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana tuduhan sedemikian bukanlah kali pertama disebarkan.
“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” jelasnya secara ringkas.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kenyataan mahupun komen daripada penyanyi berusia 23 tahun itu.
Terdahulu telah tular sebuah video beberapa screenshot perbualan di WhatsApp antara wanita yang mendakwa dirinya mengandung anak artis yang enggan bertanggungjawab.
Wanita itu juga telah menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun, mendapat reaksi negatif apabila mereka juga enggan terlibat dalam isu berkenaan.
Dalam pada itu, di ruangan komen video berkenaan wanita itu ketika membalas komen netizen memberitahu bahawa artis yang terlibat itu bukanlah Ismail Izzani seperti yang diperkatakan oleh orang ramai. Difahamkan, video asal di TikTok itu juga telahpun dipadam oleh pemiliknya atas sebab-sebab tertentu.
Hmm agaknya siapa eh?
Sumber: mStar
Baca : “Dia taknak parents dia tahu” – Artis Malaysia Didakwa Hamilkan Wanita & Paksa Gugur Kandungan?