in

“Dia taknak parents dia tahu” – Artis Malaysia Didakwa Hamilkan Wanita & Paksa Gugur Kandungan?

Aris Malaysia Megandung

Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang artis lelaki Malaysia didakwa telah menghamilkan seorang wanita dan memaksa wanita tersebut untuk menggugurkan kandungannya itu.

Dalam perkongsian oleh seorang pengguna TikTok @shrimpippy8621p itu, wanita berkenaan mendedahkan artis tersebut menghilangkan diri dan cuba untuk lari apabila disuruh bertanggungjawab atas kandungan itu.

@shrimpippy8621p

Saya mahu keadilan. Sudahlah dipergunakan, dicaci and now they want to shut me down. #Fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypagee #SayaTersakiti #perlakonmalaysia #pelakonmalaysia #pelakonlelaki #tolongsayatakut #mengandung #curangitupilihanbukankesilapan #pelakonMalaysiaCurang #mengandungAnakPelakon #Paksaangugur #masukberanda #malaysiatiktok #artismalaysia #artislelakimalaysia #lepastangan #Fyp #fypage

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Lebih mengeruhkan keadaan, wanita tersebut berkata dia cuba untuk menghubungi keluarga lelaki berkenaan bagi menyelesaikan isu ini sebaliknya dia diabaikan serta disuruh untuk move on.

“Dulu dia tak nak libatkan parents, dia paksa saya untuk gugurkan sebab taknak parents dia tahu.

Apa bezanya sekarang apabila orang tuanya sudah tahu dan tidak mengambil tindakan?

Lebih baik saya simpan bayi tak bersalah itu, sekarang saya dalam dilema dan trauma, tiada tempat bergantung,” luahnya.

Dalam videonya yang lain, wanita tersebut memberitahu dia bukan orang Malaysia dan ibunya cuba menghubungi ibu artis berkenaan namun diabaikan sahaja, dia turut memberitahu artis itu merupakan dari golongan yang berada serta ternama.

Wanita itu hanya mengharapkan sesiapa dapat membantunya dan mengesyorkan langkah yang patut diambil, dia turut berkata dia sanggup untuk datang ke Malaysia untuk membuat laporan.

@shrimpippy8621p

Replying to @Vanilla_Latte the only thing his mom knows cumalah ghosting and reply saya dengan ceramah. I want JUSTICE in this case.. which cant be traded with ceramah.. i appreciate that but its not helping in this case.

♬ Vroom Vroom – Gwendolyn

Ada juga video yang memaparkan tangkap layar wanita tersebut dengan ibu artis berkenaan, namun ibunya itu hanya memberikan ‘ceramah’ kepadanya.

Wanita itu turut berkata dia bukanlah ingin mencari perhatian namun dia hanya mahu keadilan ditegakkan dan jauh sekali ingin menabur fitnah.

Berat tuduhan ni, harap dapat selesai cara baik…

Baca: “Gaduh tak baik-baik” –  Peguam Syarie Jelaskan Maksud Syiqaq Dalam Kes Penceraian Artis

Ft Diana Danielle Farid Kamil