in

“Malaysian companies, muhasabahlah” – Syarikat UK ‘Paksa’ Pekerja Ambil AL Tapi Syarikat Malaysia Halang Ambil Cuti Sebab…

Cuti Jangan Tak Apply

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah hujung-hujung tahun ni, korang mesti gigih menghabiskan Annual Leave korang yang tertunggak tu takut terbazir je sebab tak boleh carry forward untuk tahun depan.


Dalam sibuk dok fikir tarikh apa yang sesuai untuk korang apply, mesti ada mulut-mulut jahat yang berbisik kat korang supaya jangan ambil cuti banyak sebab katanya takut record kedatangan jadi buruk. Erk! 

Shutterstock 523563901 1 E1502292349566
gambar hiasan

Tapi relevan ke fikir macam tu sebab Cuti Tahunan tu kan hak milik kita? Menerusi perkongsian netizen di Twitter, syarikat di United Kingdom (UK) akan hantar pekerja mereka emel kalau tak habiskan cuti tahunan menjelang hujung tahun tau. Sama ke situasinya dengan Malaysia? 

 

“Malaysian companies, muhasabahlah. Bila orang apply cuti, don’t say sh*t like…” 

Menurut netizen tersebut, cara syarikat di UK ni lain ‘benor’ dengan syarikat Malaysia beroperasi.

Katakanlah kalau korang masih ada 10 hari AL berbaki sehingga hujung tahun, korang akan terima ’emel’ khas macam kat bawah ni yang akan ‘paksa’ korang untuk habiskan cuti-cuti yang tertunggak tu! Wah! 

Ej97Psvxkaewsez
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, lain pula situasinya dengan syarikat kat Malaysia ni. Kalau kita apply cuti panjang, ada pulak yang menyibuk cakap prestasi kerja kita akan buruk sebab selalu tak ada kat office.

Annual Le
sumber: twitter

 

“Awak cuti sampai 2 syif, kawan awak teruk buat kerja” 

Rata-rata netizen yang pernah alami situasi tersebut bersetuju dengan apa yang diperkatakan netizen ini. Malah ada juga yang risau kalau selalu ambil cuti, takut dilabel tak perform dalam pekerjaan.

Workff
sumber: twitter

 

“Orang yang bijak boleh habiskan annual leaves tanpa ganggu prestasi kerja”  

Mungkin ada yang kurang bersetuju kalau seorang bekerja tu asyik ambil cuti dan kemungkinan akan ganggu pekerjaan orang lain. Menurut netizen, kalau korang orang yang bijak mesti pandai rancang AL yang takkan ganggu prestasi kerja sendiri dan orang lain.

Rancang
sumber: twitter

So bagi korang yang ada banyak cuti tertunggak tu, rancanglah cepat-cepat dan apply cuti korang sempena hujung tahun ni. Pergilah holiday ke apa ke kan… stress jugak kalau setiap hari menghadap kerja je kan. 

Baca: “Don’t stay in the same company for more than 2 years” – Brader Ni Kata, Loyalty Tak Kemana. Korang Setuju?

Comp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.