“Don’t stay in the same company for more than 2 years” – Brader Ni Kata, Loyalty Tak Kemana. Korang Setuju?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman pekerjaan sekarang memang mencabar.

Dengan persaingan yang agak dahsyat, ditambah pulak demand daripada majikan yang macam-macam — memang naik pening kepala dibuatnya.

Bagi yang dah ada fixed job, perlu struggle nak motivate diri kekalkan momentum prestasi.

Dan bagi kumpulan fresh grad pulak, terpaksa bersaing dengan ribuan potential candidates lain yang masing-masing sedang berlumba menghantar resume masing-masing ke setiap syarikat yang mengiklankan vacancy.

Ibaratnya, kita hidup terperangkap dalam rat race yang takkan habis kitarannya sampailah dunia ni kiamat ye dak?

Dalam pada kita bercakap tentang alam pekerjaan ni, ada nasihat yang diberikan seorang pengguna Twitter kepada mereka yang baru start kerja — ‘don’t stay in the same company for more than two years.’

Katanya, cukup dua tahun carilah peluang dan pengalaman bekerja di tempat lain.

Mana tahu, sekurang-kurangnya bolehlah dapat kenaikan gaji dalam 10 – 30% bergantung kepada job scope yang kita pilih.

Mengikut pengalamannya, dia pernah mendapat 30% increment setelah berpindah ke syarikat baru sambil berkata there is no such thing as loyalty. 

 

Ada betulnya juga, kadang-kadang ada dalam kalangan kita pulun kerja demi syarikat tapi habuk pun tak dapat seolah-olah semua pengorbanan kita tu tak dipandang langsung.

Lebih menyakitkan, kita kerja bersungguh tapi orang lain yang sentiasa take things for granted pula yang dipandang tinggi oleh bos-bos.

Tapi tak boleh nak pukul rata semua company macam tu, sebab ada juga majikan yang betul-betul mengambil berat kebajikan dan pengorbanan pekerja-pekerja mereka.

Yang ni pun ada benarnya jugak, mungkin kita dah lama duduk dalam comfort zone dan kita rasa cukuplah dengan pekerjaan yang kita ada walaupun hakikatnya kita sebenarnya boleh pergi lagi jauh dalam hidup.

Tapi sebab dah selesa, kita takut nak challenge dan expose diri kepada opportunities lain yang tersedia di luar sana.

Tapi apa-apa pun, janganlah ambil pendapat ni bulat-bulat. Semua ni bergantung kepada situasi yang korang hadapi.

Kalau dah tepu dan rasa pekerjaan yang kita buat tu tak boleh bagi room for your personal growth and improvement, berpetualanglah dan cari pengalaman baru — dunia ni luas terbentang.

Kalau ada peluang, why not go for it kan?

Again, nasihat ni mungkin tak applicable untuk sesetengah industri dan job scope — dan juga status individu tu.

Kalau company sekarang mampu beri salary dan benefit yang kita perlukan dan encourage career growth — nak stay situ sampai 20 tahun pun biaq pi la asalkan hang happy kan?

 

Baca: “Sampai macam tu sekali..” – Wanita Alami Bell’s Palsy, Lumpuh Pada Wajah Sebab Stress Di Tempat Kerja

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.