in

“Jangan hina Indonesia!” – Prabowo Beri Amaran Keras, Sedia Dedah Syarikat Asing Dalang Jerebu

Syaz Ft 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memberi peringatan tegas kepada negara asing yang didakwa sering menghina republik itu berhubung isu kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan.

Beliau menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak mendedahkan identiti syarikat milik negara asing yang terbukti terlibat dalam pembakaran hutan di Indonesia.


Artikel berkaitan: “Kepada Pak Prabowo” – Isu Jerebu Belum Selesai, YB Sabak Bernam ‘Ngomong’ Jawa Dalam Parlimen

Artikel berkaitan: Prabowo Lulus Terima Bantuan Padamkan Kebakaran Hutan Dari Malaysia

“Bagi negara tertentu yang gemar menghina bangsa Indonesia, akan tiba masanya kita mendedahkan syarikat-syarikat mereka,” katanya pada Mesyuarat Kabinet Penuh di Istana Presiden, Jakarta.

Prabowo menyifatkan kebakaran hutan berpunca daripada manusia sebagai bentuk keganasan terhadap alam sekitar dan jenayah kemanusiaan kerana membahayakan kesihatan jutaan rakyat. Beliau turut mengancam untuk menarik balik lesen operasi syarikat yang melanggar undang-undang.

Kini, pihak polis Indonesia telah menamakan 11 syarikat sebagai suspek, termasuk tiga syarikat pelaburan asing.

Kenyataan ini menyusul di tengah ketegangan diplomatik selepas Menteri Kanan Singapura, K Shanmugam menzahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan seorang pegawai Indonesia berhubung isu bekalan oksigen.

Namun, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA) telah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada tujuh syarikat yang disyaki untuk mengambil tindakan segera memadamkan kebakaran.

Sumber: TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.