in

“Kesilapan tak disengajakan” – Sekolah Menengah di Batu Pahat Dikecam, Asingkan Kokurikulum Ikut Bangsa & Jantina

Ft Kokurikulum

Beberapa hari lepas, viral gambar borang pendaftaran kokurikulum sebuah sekolah kerana dilihat cuba mengasingkan pelajar mengikut jantina dan bangsa untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Berdasarkan notis itu, bola sepak hanya dibenarkan untuk pelajar lelaki Melayu, bola jaring pula hanya untuk pelajar perempuan Melayu manakala bola keranjang untuk pelajar lelaki Cina.

Perkara itu dikritik netizen di Twitter yang turut meminta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa yang berlaku. Kata netizen itu,

Bukankah ini Malaysia, negara berbilang bangsa? Beri keutamaan kepada bakat dimiliki bukannya bangsa.”

Notis

Susulan itu, pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Bentara Luar di Batu Pahat mengeluarkan permohonan maaf atas apa yang berlaku. Pengetuanya, Abdul Razak Hamid akui pihaknya terlepas pandang tentang isu perkauman dalam maklumat pendaftaran dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum yang diedarkan kepada pelajar Tingkatan 1 itu.

“Kesilapan yang berlaku adalah tidak disengajakan dan terjadi atas sebab kesilapan kami kerana kurang ketelitian sebelum maklumat disebarluaskan.”

Pihak kami berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku.”

Bola Jaring

Menurut Harian Metro, pihak sekolah telah membuat pembetulan dan penambahbaikan mengikut landasan yang sepatutnya serta mematuhi segala prosedur pelaksanaan. Pendaftaran semula akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan mengedarkan borang pendaftaran sukan dan permainan kepada semua murid.

“Pihak sekolah sudah menarik balik dan membatalkan kemudahan pendaftaran secara dalam talian yang dimuat naik pada Khamis lalu bagi tujuan proses penambahbaikan.”

“Pemakluman kesilapan dan pembetulan sudah dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga melalui kumpulan Telegram ibu bapa penjaga Tingkatan 1.”

Notis1

“Murid boleh memilih sukan dan permainan yang mereka minati (namun masih tertakluk kepada bilangan penyertaan ahli kelab sukan dan permainan yang disusun atur oleh pihak sekolah supaya penglibatan murid dalam semua kelab sukan permainan seimbang dari segi bilangan, ras dan jantina).”

Baca: “Kalau kau cari pasal lagi, aku bunuh kau” – [VIDEO] Lelaki Bawa Geng Serang Budak Sekolah Sebab Adik Kena ‘Kacau’

Ft Gangster

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter