in

Makan Seafood Di Sabah Sampai RM750, Netizen Dakwa 4 Pelancong Ni Kena ‘Scam’

Makan Seafood Sabah Rm783

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi penggemar makanan seafood, negeri Sabah adalah antara negeri yang mana korang boleh dapatkan ikan, kerang, udang dan bermacam lagi makanan laut yang fresh dengan harga yang berpatutan.

Pun begitu, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok mengenai travelognya makan seafood di sebuah restoran di Sabah telah mengundang pelbagai komen netizen yang mendakwa caj bil tersebut sangat mahal.


Restoran caj 4 orang makan RM783? 

Menerusi video tersebut, TikToker @iamujang yang juga seorang Youtuber memaparkan selingan video dia bersama 3 orang rakan makan di sebuah restoran seafood.

Mereka katanya telah memesan pelbagai jenis makanan laut seperti udang harimau, lobster, kepah, ikan siakap, latok dan macam-macam lagi.

@iamujang_

“Sesi makan modal bersama KODA🦞” #fypシ #kodatv #xyzbca

♬ Collide (sped up) – Justine Skye

Menerusi video itu, empat sekawan ini mengakui makanan tersebut sangat sedap namun terlupa nak tanya berapa harga makanan yang mereka pesan.

Namun mengejutkan selepas dikira, jumlah keseluruhan makanan didakwa sebanyak RM783 tetapi telah mendapat diskaun menjadi RM750.

4 pelancong berkenaan walau bagaimanapun berasa lega kerana jumlah harga makanan tersebut katanya masih dalam bajet kerana mereka menjangkakan ia bernilai RM800.

@iamujang_

Replying to @maiko🍀 Alhamdulillah still dalam bajet😁 #fypシ #kodatv #xyzbca

♬ Calm Down – Rema

“Sebagai orang Sabah nak cakap MAHALNYA LAH BAH…” 

Video berkenaan yang viral kemudian telah mendapat pelbagai komen netizen yang mendakwa keempat-empat pelancong tersebut telah di ‘scam’ kerana harga bil makanan yang tersangat mahal.

Menurut netizen, ada sesetengah restoran dengan sengaja mengecaj harga yang mahal kepada pelancong bukan dari Sabah. Pelancong juga dinasihatkan supaya bawa rakan local supaya tak kena scam seperti pelancong ini.

Mahal Bah

Sebelum nak pergi satu-satu tempat tu, better korang siasat dan buat research dulu. Kasihan bila kena tipu macam ni kan. Sebaiknya tanya kawan-kawan local yang duduk kat negeri tu. 

Baca: “ZOMBI ONLINE SHOP” – Taktik Baru Scammer, Paksa Bayar COD Barang Yang Tak Dipesan

Zombi

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.