“Main sebat je minum” – Netizen Makin Keliru Dengan Boba Tea Xing Fu Tang, Kini Katanya Mengandungi Gelatin Jelly?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Boba tea, boba tea, boba tea! Rata-rata boleh dikatakan hampir 80% rakyat Malaysia memang gemarkan minuman ni. Antara boba tea yang paling ‘in’ pada masa sekarang ialah Xing Fu Tang.

Meskipun Xing Fu Tang terpalit dengan isu tidak halal dan sijil halal dari Indonesia yang dikatakan palsu, masih ramai jugak dengarnya nak minum boba tea ni.

Tapi baru-baru ni di Twitter, ada info mengejutkan dari netizen yang katanya salah satu flavours boba tea tersebut mengandungi gelatin jelly! 

 

“Mango Smoothies Panna Cotta paling mahal… ada gelatin jelly on top” 

Menurut review seorang netizen, Mango Smoothies Panna Cotta yang berharga RM14.50 ni antara menu boba tea yang femes di kalangan penggemar minuman ni.

Ia juga antara boba tea yang paling mahal di Xing Fu Tang tau. Sebab ia mahal? Dengarnya ia disediakan dengan freshly blend mangos, strawberry boba dan ‘gelatin jelly’. 

Mango Smoothies Panna Cotta | Sumber: Twitter

 

“Gelatin tak salah, kalau product betul-betul halal. Tapi kalau guna gelatin haiwan…” 

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa masalahnya kalau Xing Fu Tang pakai gelatin dalam makanan kan? Seperti yang korang mungkin tahu, gelatin ni ada 2 jenis. Satu gelatin berasaskan tumbuhan dan satu lagi gelatin haiwan. Yang haiwan ni lah yang takut tak halal. 

Sebabnya takut ia terguna gelatin babi atau haiwan yang tak disembelih. Baca penjelasan netizen kat bawah.

Sumber: Twitter

 

“Kami guna gelatin tumbuhan” 

Rasa curiga dan ingin tahu yang membuak-buak terhadap isi kandungan gelatin tersebut menyebabkan seorang netizen ni terus bertanya kepada pemilik Xing Fu Tang sendiri. Betul ke gelatin yang digunakan tu halal dan bila pulaknya nak dapat sijil halal tu?

Baca conversation mereka di bawah.

Sumber: Twitter

Apa-apapun bagi admin, kita tunggulah sampai Xing Fu Tang betul-betul halal kalau masih ragu-ragu kan? Tak elok mencuba makanan yang syubhah ni. 

Baca: “Janganlah sebab artis minum, kita pun ikot-ikot minum” – Netizen Pertikai Xing Fu Tang & The Alley Tak Halal?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!