“Mahalnya, makan jadi ta*k juga”- Beli Durian RM882.90 Untuk 3 Biji, Netizen Pertikai Harga Cekik Darah!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni pergi mana-mana pun orang akan bercakap pasal durian, malah kita boleh lihat kiri kanan jalan penuh dengan gerai yang menjual durian pelbagai jenis, dari yang murah sampailah yang mahal nauzubillah.

Namun apa yang dikongsikan di facebook ini lagi memeranjatkan bila ada netizen membeli 3 biji durian dengan harga RM882.90.

RM882.90 harga untuk 3 biji durian duri hitam @ black thorn @ ochee @ D200. Kisah benar di negara kita Kredit: Penang Viral

Posted by Pertanian Satu Perniagaan on Thursday, July 11, 2019

Dikatakan durian yang dibeli tersebut merupakan jenis Black Thorn yang sememangnya terkenal dengan kelazatannya dan harganya yang mahal.

Namun ramai tak sangka yang harganya mampu mencecah sehingga RM882.90 untuk 3 biji.

 

Mungkin boleh makan dengan kulit-kulitnya sekali!

Sumber : Facebook

Admin mengaku memang hantu durian, tapi kalau harga sampai macam tu sekali takde lah admin nak beli, melainkan ada orang belanja.

Baca : Macam ni baru puas hati, jujur!- Lebih 20 Ribu Share Di Facebook, Viral Pemuda Jual Durian Timbang Isi Dan Buang Kulit.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.