in

“Mahal sangat ke kereta sampai kena hempas kucing tu?” – Individu Dikecam Hempas Kucing Yang Duduk Di Atas Keretanya

Baling Kucing

Bagaikan tiada hati perut, kes penderaan terhadap kucing atau haiwan peliharaan lain sudah berkali-kali berlaku. Baru-baru ini, tular lagi satu kes melibatkan kekejaman terhadap kucing di media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang individu telah dirakam CCTV menghempas seekor kucing yang duduk di atas keretanya. 

Dalam kejadian yang berlaku di Setapak, lelaki terbabit yang berbaju biru dilihat berjalan ke arah keretanya dan sebaik dia melihat seorang kucing bertompok hitam putih sedang duduk di bahagian hadapan kereta tersebut, dengan sekuat hati dia mengangkat kucing itu dan menghempas ia ke jalan. Uish serius kejam! 

Gila

Korang boleh lihat videonya di sini.

Walau bagaimanapun, menurut Kelab Pencinta Kucing, kucing tersebut sudah pun dibawa ke klinik haiwan untuk rawatan dan pendarahan dalaman yang dialaminya pun sudah berhenti.

Menurut sumber lagi, kejadian tersebut berlaku di hadapan kedai pemilik kucing dan pemilik haiwan ini bakal membuat laporan polis mengenai isu tersebut.

Bertabahlah sayang stay strongKhabar dari owner kucing ni kejadian berlaku di depan kedai owner kucing… sekarang ni pendarahan dalaman dah berenti.

Posted by Kelab Pencinta Kucing Malaysia on Isnin, 21 September 2020

 

Kejadian ini mendapat perhatian netizen yang marah dengan sikap pemilik kereta tersebut yang terlalu kejam terhadap haiwan seperti kucing.

Kucing

Semoga si tompok ini cepat sembuh ya… Masih tak serik-serik orang yang kejam dengan kucing ni. 

Baca: “Hang pi balik sebelum aku sepok” – [VIDEO] Makcik ‘Sound’ Lelaki Terajang Kucing Sampai Terpelanting

Sepok

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook