in

“Hang pi balik sebelum aku sepok” – [VIDEO] Makcik ‘Sound’ Lelaki Terajang Kucing Sampai Terpelanting

My Post 2020 09 07T182433.910 768X384 1

Makin lama, makin menjadi-jadi pula kes dera haiwan ni ya?

Baru-baru ni, Persatuan Haiwan Malaysia sekali lagi memuat naik video di Facebook, menunjukkan seorang lelaki berusia menendang seekor kucing yang sedang berehat dan tak buat apa-apa salah pun.

Giphy 2

“Lelaki tendang kucing sedang berehat di hentian bas membuktikan banyak sebenarnya kucing jalanan dianiaya dan dizalimi dan kebanyakan ia tidak didedahkan kepada umum.

“Menurut bahasa dalam video ini. Perbuatan dikenal pasti dari negeri utara Semenanjung tanah air.”

Dalam video ni, korang boleh dengar sejurus selepas lelaki ni tendang kucing malang tu, seorang wanita yang ada di kawasan yang sama dilihat menegur perbuatan kejam lelaki itu.

Hang ada akai boleh pikiaq dia tu takdak akai. Hang pi balik sebelum aku sepok muka hang.”

Dapat dilihat juga lelaki ini cuba memberi alasan atas tindakannya tapi tak diendahkan oleh wanita yang memarahinya itu.

Lelaki tendang kucing sedang berehat di hentian bas membuktikan banyak sebenarnya kucing jalanan dianiaya dan dizalimi dan kebanyakan ia tidak didedahkan kepada umum.Menurut bahasa dalam video ini. Perbuatan dikenal pasti dari negeri utara Semenanjung tanah air.Animal Malaysia merayu kepada masyarakat supaya membekalkan maklumat lengkap seperti tarikh, masa dan tempat kejadian apabila menyalurkan maklumat.Maklumat tidak sempurna begini bakal mengundang salah faham dan terpaksa tular kerana mahukan sesiap yang mengenali pelaku tampil untuk berikan identiti pengganas haiwan seperti lelaki ini.Maklumat jenayah kezaliman haiwan boleh disalurkan ke www.wasap.my/+601120901097PERANGI JENAYAH HAIWAN ! #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Jumaat, 4 September 2020

Persatuan Haiwan Malaysia turut mengatakan yang mereka sedang mencari maklumat mengenai kejadian ini. Pun begitu, dorang meminta orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat mengenai kejadian-kejadian seperti ini untuk memberikan maklumat yang lengkap.

Maklumat tidak sempurna begini bakal mengundang salah faham dan terpaksa tular kerana mahukan sesiapa yang mengenali pelaku tampil untuk berikan identiti pengganas haiwan seperti lelaki ini.”

Kalau korang ada apa-apa maklumat mengenai kejadian ini, korang boleh WhatsApp Malaysia Animal Association di +6011-2090 1097.

Harapnya pihak berkuasa boleh siasat perkara ini.

 

Baca: Sekumpulan Pekerja Risikokan Nyawa Selamatkan Kucing Dibawa Arus Deras Ketika Hujan Ribut

Screenshot 2020 09 08 At 6.41.44 Pm