in

‘Housekeeper’ Kesal Penyewa Bilik Pengotor, Selit Pembalut ‘Pantiliner’ Celah Katil!

Kaya 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook mendedahkan pengalamannya menjadi housekeeper di sebuah tempat percutian yang mahal di sebuah kampung.


Artikel berkaitan: “Penyewa dari neraka” LZS Kesal Penyewa Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Rosak & Kotor

Artikel berkaitan: “Tinggal rumah mcm puaka” – [VIDEO] Jijik! Tuan Rumah Menyesal Terima Penyewa Pengotor & Biadap

Menurut mStar, pengguna Facebook itu menyatakan harga sewa untuk satu malam di tempat itu mencecah RM5K dan penyewa di situ pastinya orang yang berada.

Akan tetapi, dia mempunyai trust issue terhadap segelintir tetamu yang suka berhias cantik kerana baginya mereka ini bukanlah pembersih. Sepanjang di bekerja, dia boleh mengetahui jurang yang ketara antara orang yang betul-betul kaya dan orang yang baru nak merasa kaya.

Wanita ini bukanlah merungut dengan kerjanya tetapi disebabkan pelbagai karenah yang perlu dihadapi setiap kali dia mahu mengemas bilik, dia beranggapan orang yang betul-betul kaya akan datang ke ke tempat percutian untuk bersantai dan memastikan ruangan di bilik kemas sebelum check out.

Berbeza dengan orang yang ‘acah-acah berduit’, mereka memang akan tinggalkan bilik dalam keadaan yang kotor dan bersepah. Dia juga memuat naik gambar pembalut pantiliner yang diselit di celah katil,.

Dengan tisu lap bibir merah bekas mekap, kanta lekap warna cheetah yang dah kering melengkung atas meja mekap, bulu mata palsu putus separuh, pembungkus makanan, resit barang shopping, dan ada juga pembalut pantyliner terselit di celah katil.

Kaya 1

Tambahnya, ada sesetengah penyewa yang suka mengambil barang-barang di dalam bilik sewa. Pernah tisu tandas yang baru diisi semula ke dalam raga sulam pun lesap diambil penyewa.

Eh tak banyak. Ada la 3 paket yang baru bukak. Selagi boleh diambil. Ais dalam peti ais pun ambik ya.

Ada juga tetamu yang melayannya seperti orang bawahan.

Walaupun housekeeper ini terkilan dengan sikap sesetengah penyewa, dia berharap agar penyewa yang lain lebih beradab dan tidak meninggalkan bilik sewa dalam keadaan yang terlalu kotor.

Hmm.. memang kerja housekeeper tapi lebih baik kalau kita kemas sikit bilik sebelum check out, ye dak?

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.