in

“Memberontak tapi mengutamakan pesakit” – [Video] Doktor Kontrak Adakan Protes Di MAEPS

Cats 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah mogok umum atau Hartal Doktor Kontrak telah diadakan secara aman oleh doktor berstatus kontrak di Maeps Serdang dan difahamkan turut berlaku di beberapa lagi hospital di seluruh negara pagi tadi.


E7Mdlibucair5Mg

Menerusi video yang dimuatnaik oleh KiniTv, menunjukkan sesi mogok yang telah berlaku di pusat kuarantin bagi pesakit covid di Maeps. Hartal ini khabarnya diteruskan bagi mendesak kerajaan untuk menunaikan tuntutan golongan tersebut menurut kata Gerakan Doktor-Doktor Kontrak seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kelihatan golongan ini mengenakan pakaian bewarna hitam atau gelap selain memegang sepanduk berbunyi “memberontak tetapi mengutamakan pesakit”.

Capture 2

Menurut akaun twitter @MSolidariti, mogok ini akan berlangsung sepanjang hari dan menekankan isu yang dialami oleh doktor kontrak selain sebagai suatu tekanan keatas pihak kerajaan untuk memperbaiki sistem kesihatan negara yang dikatakan sedang parah.

Difahamkan, masalah yang berlaku adalah disebabkan lambakan graduan bidang perubatan selain sistem kesihatan Malaysia yang memerlukan graduan-graduan ini untuk berkhidmat selama 5 tahun sebelum dijanjikan kontrak tetap.

Walaubagaimanapun, difahamkan daripada jumlah 60 sehingga 70 peratus yang dijanjikan, menurut statistik yang dikeluarkan oleh akaun tweet berkenaan, kurang daripada 3.5 peratus sahaja jumlah doktor kontrak ini telah ditawarkan kontrak tetap bermula daripada Disember 2016 sehingga Mei 2021.

Menjenguk ke ruangan Twitter, #HartalDoktorKontrak dan #Hartal2021 merupakan topik yang sedang trending di tempat pertama.

Menerusi gambar dan video yang dikongsikan melalui dua tanda pagar tersebut, kelihatan ramai doktor-doktor berstatus kontrak ini di kebanyakkan hospital telah keluar untuk sertai hartal ini.

Twitter Trend

Hrtl

Aa

Kita pun faham keadaan mereka, bertahun berkhidmat semasa pandemik setiap hari, tetapi belum ada kepastian. Harap isu ini dapat diselesaikan demi kebaikan bersama. 

Baca : “Jangan sedap mengata”- Ramai Kata Dr Amalina ‘Pembelot’ Sebab Tak Balik Malaysia, Ini Respon Dr Rafidah

Amalina

 

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.