in

Louis Vuitton Dikecam, Jual Keffiyeh Palestin Dengan Harga ‘Yahudi’ RM2,912 Sehelai

Yahudiiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu solidariti terhadap Palestin yang masih hangat diperkatakan di media sosial ini telah membuatkan beberapa jenama menggunakan perkara tersebut untuk melariskan produk jualan mereka.


Antara yang paling mendapat kecaman hebat ialah apabila jenama terkenal dunia, Louis Vuitton (LV) telah melancarkan penjualan ‘keffiyeh’ iaitu skaf bercorak hitam putih yang sering dililit pada leher dan kepala ini dengan harga ‘yahudi’.

Menerusi perkongsian Instagram Cinta Gaza Malaysia, LV menjual ‘keffiyeh’ setinggi AS$705 bersamaan RM2,921. Uish mahalnya! 

Tambahnya lagi, hasil jualan tersebut bukannya disalurkan kepada badan amal di Palestin seperti mana kebanyakan brand di Malaysia lakukan sebagai tanda solidariti kepada apa yang berlaku di Gaza.

Keffiyeh

Menurut perkongsian Instagram Diet Prada pula, syarikat gergasi seperti LV juga berpura-pura ‘politically neutral’ dalam isu Palestin.

Mereka melihat isu keganasan yang berlaku di Gaza itu sebagai ‘trend’ yang membolehkan mereka mendapatkan keuntungan serta menjual sehelai keffiyeh bersama logo LV dengan harga setinggi AS$705.

Prada

Jadi pandangan LV dalam isu politik adalah ‘neutral’ tetapi mereka masih buat keffiyeh dengan logo LV bernilai AS$705, yang mana ia adalah perhiasan kepala bagi orang Arab yang menjadi simbol kepada nasionalisme Palestin,” tulisnya.

 

“Mencari kesempatan dalam kesempitan orang lain” 

Rata-rata netizen berpandangan tindakan jenama besar seperti LV dan Fendi yang juga menjual keffiyeh untuk mendapat keuntungan ini adalah sangat keji dan mengambil kesempatan di atas kesusahan sebuah bangsa yang tertindas.

Kesmepaan

Haih macam-macam ye. Cara macam ini pun digunakan untuk dapatkan keuntungan. 

Baca: Daud Kim Teruk Dihamun Netizen Israel Bila Bercakap Tentang Free Palestine di OME.TV

Daud

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.