in

Daud Kim Teruk Dihamun Netizen Israel Bila Bercakap Tentang Free Palestine di OME.TV

palestine 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya lama juga kita tak dengar cerita mengenai Daud Kim, seorang Youtuber dan juga personaliti media sosial selepas terpalit dengan beberapa kontroversi tidak lama dulu.

Walau bagaimanapun, setelah membersihkan namanya dengan penjelasan dalam beberapa siri video, Daud masih diminati ramai terutamanya fans beliau di Malaysia ini.


https://www.instagram.com/p/CCfpNFejmJI/

Baru-baru ini, berikutan isu Palestin-Israel yang kian memuncak, Daud telah mengambil kesempatan untuk ‘speak up’ mengenai isu Free Palestine di media sosial menggunakan platform OME.TV.

Menerusi platform tersebut, Daud akan randomly bertemu secara live dengan rakyat Israel dan menyatakan pendiriannya mengenai isu Palestin dengan mengangkat placard #freepalestine.

Video tersebut telah dikongsikan Daud di Facebook rasminya. Nah korang boleh tengok kat bawah ni:

https://www.facebook.com/kjh9192/videos/283301760106632/

 

Kena hamun dengan netizen Israel 

Menerusi video tersebut, admin sejujurnya kasihan sangat dengan Daud sebab dia bertalu-talu dihamun dengan netizen Israel sedangkan dia belum sempat cakap apa-apa dan baru mengangkat placard #freepalestine.

Malah lebih menyedihkan, belum sempat juga Daud memperkenalkan dirinya, mereka siap kutuk Daud dengan mengatakan ‘cincong-cincong’ (perkataan yang selalu digunakan untuk mengejek orang China) dan menyuruhnya untuk taat kepada Kim Jong Un (padahal Daud dari Korea Selatan dan bukannya Korea Utara).

fuck 1

fuck 2

Namun mujurlah di akhir video dapat kita lihat ada juga orang Israel yang berfikiran rasional dan bersembang secara tenang dengan Daud mengenai isu tersebut. 1 dalam 1,000 admin rasa yang wujud macam tu. 

frree

 

“Thank you Daud Kim for being so brave!” 

Tindakan Daud tersebut telah mendapat pujian serta sokongan daripada netizen yang mengatakan dia sangat berani berhadapan dengan netizen dari Israel itu.

Meskipun telah dimaki hamun dan dikatakan bermacam-macam perkara, Daud juga dilihat tenang dan tidak mudah marah bila berhadapan dengan situasi itu.

good

Semoga terus istiqamah Daud dan keluarga! 

Baca: “Hampir kena darah tinggi” – Netizen Salute Caprice Berani Buat Sesi Live Instagram Dengan 2 Rakyat Israel

cap

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.