in

“Longgar pun tak apa” – [VIDEO] Netizen Terharu Dengar Komen Anak Murid Terima Kasut Baru Daripada Guru

Kasut Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perubahan persekitaran dan kurikulum pada hari ini menjadikan tugas seorang guru semakin mencabar. Namun, ramai daripada mereka sanggup melakukan tugas tambahan tanpa memikirkan penat lelah, apatah lagi mengharapkan balasan.


Satu perkongsian video telah menarik perhatian netizen apabila seorang guru menberikan kasut sekolah baharu kepada anak muridnya yang hadir ke sekolah dengan kasut lusuh.

Menerusi perkongsian video di TikTok @tcer.nana, kelihatan dua pelajarnya memakai kasut lama yang agak lusuh. Walaupun kasut tersebut berwarna hitam, dapat dilihat warnanya sudah pudar berikutan telah dipakai sekian lama.

@tcer.nana

@ALLAMERICASHOE boleh sponsor sekolah saya tak? Hehehehe #tcernana

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sebagai seorang guru yang prihatin dengan situasi yang dialami pelajarnya, guru tersebut memberi kejutan kepada kedua pelajar itu dengan menghadiahkan kasut baharu dari jenama All America.

“Longgar pun tak apa”

Dapat dilihat kedua-dua pelajar terbabit begitu teruja mendapat hadiah kasut daripada guru kesayangan mereka. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa dia tidak kisah dengan saiz kasut yang diterimanya kerana itu sudah cukup membuatkan dia bersyukur.

Menerusi perbualan guru dengan pelajar itu, difahamkan ibunya tidak mempunyai cukup wang untuk membeli kasut baharu walaupun sedia maklum kasut lamanya sudah lusuh dan menyebabkan sakit kaki.

Menjengah di ruangan komen, netizen sebak melihat situasi pelajar berkenaan dan berasa terharu dengan pengorbanan guru itu. Netizen turut mendoakan kedua-dua guru dan pelajar sentiasa dimurahkan rezeki.

Screenshot 20230130 020500

Terima kasih, cikgu!

Baca: [VIDEO] Netizen Kagum Lihat Pelajar Istimewa Ini Tolong Susun Kasut Ketika Rakan Solat

Susun Kasut

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.