in

[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Pelajar Istimewa Ini Tolong Susun Kasut Ketika Rakan Solat

Susun Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berbuat baik kepada semua orang tidak kira agama dan bangsa akan memberikan impak positif dan kesan yang baik.


Baru-baru ini tular perkongsian video di media sosial, memaparkan tindakan seorang pelajar istimewa berbangsa Cina dilihat sedang menyusun kasut ketika rakan-rakannya pergi menunaikan solat di sekolah telah meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok @arasyi_28, pemilik video yang juga seorang guru menyedari kejadian tersebut selepas selesai menunaikan solat apabila melihat kasutnya dan beberapa pelajar yang lain disusun dalam keadaan rapi.

“Lepas solat aku keluar surau, ada benda yang pelik. Aku tengok kasut aku dan beberapa pelajar yang sedang solat disusunkan, siap bukakan tali kasut supaya mudah pakai.

“Dalam diam aku tengok, tiba-tiba aku ternampak budak Cina ni. Bagus adik, walaupun bukan Islam kamu berbudi. Ni baru keluarga Malaysia,” tulisnya.

@arasyi_28

budak ni dia tak berapa sihat tetapi nampak ada budi baik yang patut kita puji??

♬ suara asli – in_music6 – in_music6

Dalam sebuah hantaran video berasingan, guru terbabit mengatakan pelajar berkenaan sanggup menunggu rakan-rakannya menunaikan solat semasa waktu rehat untuk membantu menyusun kasut mereka. Video tersebut telah meraih lebih sejuta jumlah tontonan dalam masa sehari dimuat naik.

@arasyi_28

Membalas kepada @Mohd Izuan boleh tapi minta support video ni ya . budak istimewa ni buat aku tersenyum

♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

Video yang mendapat respon positif netizen itu juga menerima komen pujian dari mereka yang mengagumi tindakan mulia pelajar tersebut.

Screenshot 20230119 112222

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar sikap yang dipamerkan pelajar istimewa itu dapat menjadi contoh kepada pelajar lain untuk berbuat baik sesama sendiri.

Baca: Ibu Hilang Di Hospital Masa Tunai Umrah, Rupanya Dah ‘Pergi’ Sehari Sebelum Pulang Ke Tanah Air

Ft Ibu Eninggal Dunia Masa Umrah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.