in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam masa seminggu macam-macam benda boleh berlaku kan? Macam minggu ni banyak betul berita-berita yang berlaku sampaikan tak boleh nak keep up.


Jadi kalau korang nak tahu apa kisah paling viral dan sensasi minggu ni, jom tengok senarai LobakMerahTOP5 kali ini.

1. Mayat ditemui dalam tandas di Klang

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang.

Menurut laporan, mayat ini telah ditemui di dalam bilik air sebuah rumah sewa yang sebelum ini disewakan kepada dua lelaki warga asing selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021 lepas.

Keputusan bedah siasat mendapati mayat yang ditemui itu merupakan wanita berusia 20-an hingga 30-an yang dipercayai telah meninggal lebih setahun akibat tekanan di leher.

Seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan manakala dua warga asing yang merupakan penyewa sebelum ini Ranjit Singh dan Mandeep Singh sedang diburu dengan bantuan Interpol.

Simen Mayat Klang 1

Artikel berkaitan: Gempar Penemuan Mayat Disimen Dalam Bilik Air Di Klang, Polis Buru 2 Suspek Warga Asing

2. Perkahwinan Bunga Citra Lestari

Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan gelaran BCL, telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangan pilihan baharunya, Tiko Aryawardhana pada hujung minggu lalu.

Seperti yang korang tahu, BCL sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair sebelum suaminya itu meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Perkahwinan BCL ini telah mendapat perhatian ramai peminat termasuk di Malaysia lebih-lebih lagi apabila melihat ianya turut dihadiri oleh keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.

407659129 919988562822815 6162334620223237489 N

Artikel berkaitan: “Semoga berbahagia” – Tindakan BCL Peluk Ibu Arwah Ashraf Ketika Hari Pernikahan Buat Netizen Terharu

3. Babak cium Daiyan Trisha & Hun Haqeem?

Baru-baru ini, satu sedutan drama Melayu yang diadaptasikan dari drama Korea lakonan Daiyan Trisha dan Hun Haqeem telah tular di media sosial.

Babak tersebut menunjukkan watak Izara (Daiyan Trisha) pada mulanya telah menampar Aliff (Hun Haqeem) kerana dia mahu memberi perubahan perasaan kepada Aliff agar Aliff terkejut. Menurut pemahaman Izara, hanya dengan cara itulah dia dapat keluar dari dunia komik.

Namun, caranya itu tidak berjaya dan itu menyebabkan Izara cuba pula untuk mencium Aliff sebelum ada pekerja butik yang tiba-tiba meletakkan pakaian di antara Izara dan Aliff agar ciuman itu berlapik.

Ekoran ini, rata-rata netizen telah menyelar tindakan dua pelakon ini satu produksi drama kerana merasakan babak ini tak sesuai dengan budaya di Malaysia.

Screenshot 2023 12 08 At 5.09.27 Pm

Artikel berkaitan: “Tak perlu kot scene tu” – Warganet Kritik Babak Cium Berlapik Antara Hun Haqeem & Daiyan Trisha Dalam Drama Adaptasi Korea

4. Kedai shawarma popular di Bukit Bintang diserbu?

Baru-baru ni, viral satu video menunjukkan sebuah restoran shawarma yang terkenal di Bukit Bintang kecoh apabila diserbu oleh pihak imigresen sewaktu sedang beroperasi.

Dalam satu video lain, turut memaparkan beberapa pekerja kedai shawarma terkenal ini dilihat telah diarah untuk keluar dari kedai kerana dipercayai tidak mempunyai permit yang lengkap dan sah untuk bekerja di dalam negara sambil diperhatikan oleh pelanggan-pelanggan yang sedang beratur panjang.

@chef_arizal_pitboybbq

Damascus Bukit Bintang kene operasi

♬ original sound – ChomsBETTA_ – ChomsBETTA_

5. Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang hilang ditemui meninggal dunia

Minggu ini ramai rakyat Malaysia yang kecewa dan berduka selepas seorang kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu ketika bersama dengan ibunya telah ditemui meninggal dunia di sebuah anak sungai tak jauh dari kawasan rumahnya.

Tak cukup dengan ini, beberapa jam kemudian kita dikejutkan lagi dengan satu berita mengatakan bahawa kanak-kanak istimewa ini meninggal dunia kerana dibunuh ekoran keputusan bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Ekoran ini, pihak polis telah bertemu semula dengan ibu bapa Zayn Rayyan bagi mendapat sebarang maklumat baharu yang boleh membantu siasatan, malam tadi serta proses pencarian bukti masih giat dilakukan.

Selain itu, individu yang berjaya menemukan mayat Zayn Rayyan dan penduduk-penduduk di sekitar kawasan perumahan berdekatan tempat kejadian juga turut disoal siasat bagi mendapatkan keterangan.

Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: “Zayn Rayyan Budak Yang Baik, Tak Pernah Kacau Orang” – Pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.