in

Gempar Penemuan Mayat Disimen Dalam Bilik Air Di Klang, Polis Buru 2 Suspek Warga Asing

Suspek Kes Tanam Mayat Disimen Pandamaran

Semalam, penduduk di sekitar Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang telah digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang ditanam dalam simen di bilik air sebuah rumah sewa.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor telah mengambil masa lebih kurang dua jam untuk memecahkan kolah sebelum menemui mayat tersebut yang bersimen.

JPBM dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mendapat panggilan sekitar jam 11.39 malam (Ahad) untuk mengeluarkan mayat yang berada dalam kolah bilik mandi.

https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1731619223951319253?s=46&t=qKDnyMbb8QOwWbw98BQjYg

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang melakukan kerja-kerja pemecahan simen menggunakan peralatan ‘paratech tool’ dan mesin hacker. 

“Ketika kerja-kerja pemecahan simen dilakukan sekitar 70 peratus, didapati satu mayat wanita dewasa berada dalam kolah berkenaan.

“Mayat itu kemudian dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Artikel berkaitan: Mayat Lelaki Sudah Berbau Ditemui Selepas 12 Jam, Didakwa Mangsa Kemalangan

Artikel berkaitan: Hilang Berhari-hari, Ibu Luluh Mayat Didakwa Anak Dijumpai Dalam Keadaan Menyedihkan

Penyewa bagi alasan simen kolah sebab air bangkai tikus mengalir masuk 

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka telah mendapat laporan dari seorang warga tempatan yang mengatakan telah menerima maklumat daripada lelaki warga asing bahawa terdapat mayat di dalam kolah mandi bilik air di rumah pengadu yang telah disewakan.

Hasil siasatan mendapati pengadu yang berusia 66 tahun telah menyewakan rumahnya kepada dua lelaki warga asing selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021 lepas.

Sebelum menyewakan rumah itu kepada orang lain, pengadu berkenaan telah membuat pemeriksaan di kolah mandi di dalam bilik air rumah tersebut dan mendapati kolah mandi berkenaan telah disimen.

“Penyewa warga asing selepas disoal pengadu telah memberikan alasan bahawa air dari bangkai tikus telah mengalir masuk ke dalam kolah mandi tersebut,” katanya.

81701687148 Mayat

Tanpa mengesyaki apa-apa, pengadu terus sewakan rumah itu kepada penyewa lain. Namun pada November 2023, pengadu telah meminta seorang lelaki warga asing untuk membaiki bumbung rumah tersebut.

Semasa membayar gaji kerja pembaikan, lelaki itu memberitahunya bahawa terdapat mayat dalam kolah mandi dalam bilik air tersebut.

Maklumat itu juga katanya diterima daripada seorang lelaki warga asing yang sudah balik ke negara asalnya. Bagi mengesahkan maklumat, pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Seorang warga asing ditangkap, 2 lagi diburu 

Menurut pihak polis, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan bahagian siasatan Jenayah IPD Klang Selatan juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagi membantu siasatan, seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun telah ditangkap dan akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Klang semalam.

“Polis juga telah mengenal pasti dua lelaki warga asing yang menyewa di rumah tersebut antara tempoh 2019 hingga 2021 yang disyaki terlibat dam kes itu.

“Polis dalam tindakan untuk mengesan kedua-kedua suspek tersebut yang bernama Ranjit Singh dan Mandeep Singh dan usaha telah dipergiatkan menjejaki mereka,” kata pihak polis.

Whatsapp Image 2023 12 04 At 11.54.56 Pm 681X714 1

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya ke IPD Klang Selatan di talian 03- 33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai juga dilarang untuk sebarkan mana-mana gambar berkaitan kejadian ini di media sosial hingga mendatangkan kegusaran awam.

Fuh! Dunia sekarang makin seram… 

Sumber: Malaysia Gazette, Harian Metro, Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI