in

“Tak perlu kot scene tu”- Warganet Kritik Babak Cium Berlapik Antara Hun Haqeem & Daiyan Trisha Dalam Drama Adaptasi Korea

F3 Drama W 2 Worlds Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda peminat drama Korea, mesti anda tahu ada drama Melayu yang telah diadaptasi dari K-Drama, antaranya, drama She Was Pretty lakonan Diana Danielle dan Aiman Hakim dan drama My Coffee Prince lakonan Janna Nick dan Fattah Amin.


Baru-baru ini pula, drama Korea W;Two Worlds yang asalnya dilakonkan oleh Han Hyo-joo dan Lee Jong Suk pula telah diadaptasi ke versi Malaysia dan drama ini telah menampilkan Daiyan Trisha dan Hun Haqeem sebagai watak utama.

Namun, ada yang tak enak didengar tentang drama adaptasi Korea ini kerana ada babak bercium berlapik antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem.

Sedutan babak tersebut telah dikongsikan oleh warganet di TikTok dan babak berkenaan telah menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa babak sebegitu tidak sesuai ditayangkan di Malaysia.

https://www.tiktok.com/@aeimxnzizs/video/7307310056654015752

Artikel Berkaitan: “Best weh!” – Ini 5 Drama Malaysia Yang Diadaptasi Dari K-Drama, Boleh Layan Hujung Minggu Ni!

Artikel Berkaitan: “Nape dia pegang tangan?” – Lakonan TikToker Sabrina Dalam K-Drama Jadi Bualan Ramai

Dapat dilihat dalam babak tersebut bahawa watak Izara (Daiyan Trisha) pada mulanya telah menampar Aliff (Hun Haqeem) kerana dia mahu memberi perubahan perasaan kepada Aliff agar Aliff terkejut. Menurut pemahaman Izara, hanya dengan cara itulah dia dapat keluar dari dunia komik.

Namun, caranya itu tidak berjaya dan itu menyebabkan Izara cuba pula untuk mencium Aliff sebelum ada pekerja butik yang tiba-tiba meletakkan pakaian di antara Izara dan Aliff agar ciuman itu berlapik.

Korang boleh tengok babak ini versi Korea di sini.

Babak tersebut telah mencetuskan kecaman netizen kerana ramai berpendapat meskipun ciuman itu berlapik, namun ia tetap tidak sesuai ditayangkan kepada umum.

8

7

Hmmm, apa pulak pendapat korang? 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.