in

Lelaki Warga Asing Ditahan Lepas ‘Upload’ Video Tunjuk Jari Tengah Pada Polis

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni perlu beringat sebelum muat naik apa-apa konten di media sosial. Jangan sampai menyusahkan diri sendiri.


Macam baru-baru ni, seorang lelaki warga asing telah ditahan di luar kompleks membeli-belah di Bukit Bintang malam tadi selepas dia menunjukkan isyarat lucah kepada dua anggota polis yang sedang bertugas.

Menurut Kosmo, lelaki warga asing ini dikatakan telah merakam dia menunjukkan jari tengahnya kepada dua anggota polis yang membelakanginya itu dan memuat naik video tersebut di media sosial.

Finger 1.Jpg

Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengatakan, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di hadapan pusat membeli-belah tersebut sekitar jam 12.15 tengah malam semalam.

Tindakan ini disedari oleh dua anggota polis tersebut selepas video aksi biadap lelaki warga asing ini dimuat naik di Twitter.

Susulan itu, polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.”

Selain itu, Dellhan turut menasihati orang awam agar tidak membuat apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang negara ini kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Ha tak pasal-pasal je. Dah lah buat macam tu, upload pulak kat media sosial. Memang sengaja cari pasal lah tu.

 

Baca: [VIDEO] Netizen Gelar 2 Warga Asing ‘Hero’ Lepas Cuba Selamatkan Lelaki Terperangkap Dalam Kebakaran

Collage Fire.jpg 758X398 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.