in

[VIDEO] Netizen Gelar 2 Warga Asing ‘Hero’ Lepas Cuba Selamatkan Lelaki Terperangkap Dalam Kebakaran

Collage Fire.jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang percaya yang sebagai individu kita memang akan cuba sedaya upaya untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan. Pun begitu, perkara ini hanya boleh dibuktikan bila kita berdepan dengan situasi cemas.


Macam baru-baru ini, satu video telah dimuat naik di TikTok menunjukkan tindakan pantas dua orang kontraktor menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di dalam rumah terbakar telah pun mendapat pujian dari netizen.

Insiden yang dikatakan berlaku di Taman Cheras Awana pada 3 Ogos lalu ini melihatkan dua orang kontraktor dipercayai warga asing yang sedang membuat renovation di rumah sebelah telah memanjat bumbung untuk menyelamatkan seorang lelaki.

@babytiggerofficial

ribuan terimakasih kepada seorang hero. berani menyelamat orang yang terperangkap. alhamdulilah #alhamdulillah #hero #onxon #matkilau #matarif

♬ Victory(完整版) – Two Steps From Hell

Dapat dilihat dalam video tersebut, salah seorang dari mereka telah memecahkan pagar tingkap menggunakan tukul besar sebelum dua kontraktor ini membantu lelaki yang terperangkap tersebut untuk keluar dari rumahnya.

Menurut WORLD OF BUZZ, adik kepada mangsa yang terperangkap itu turut berkata, jiran-jiran di kawasan itu juga turut membantu memadamkan api sementara menunggu pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Dipercayai, kebakaran ini berlaku akibat dari litar pintas ekoran penggunaan elektrik yang terlalu tinggi atau tidak ditutup.

Di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji tindakan cekap dua kontraktor ini yang berjaya menyelamatkan lelaki tersebut.

Screenshot 2022 08 05 At 2.55.58 Pm Down

Power! Tak semua orang boleh berfikir dengan pantas dalam situasi cemas macam ni tau. Kalau min, niat tu memang nak bantu tapi takut tetiba kaki kejung pulak tak tahu nak buat apa.

 

Baca: Wanita Terperangkap 3 Hari Dalam Restoran Sebab Ada Orang Positif, Dapat Makan Free Sampai Muak

Screenshot 2022 08 05 At 3.01.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.