in

Lelaki Kantoi ‘Paywave’ Pakai Kad Orang Lain Untuk ‘Shopping’ Sakan Barang Mahal

Page Bank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persiapan menjelang Hari Raya boleh dikatakan perkara yang wajib dilakukan, apatah lagi tahun ini orang ramai dah boleh pulang beraya dan berkumpul dengan sanak saudara. Memang meriah nak pilih tema apa tahun ni!

Ekoran itu, ramai dah mula untuk membeli baju raya sedondon seisi keluarga, tak kurang juga yang mencari aksesori tambahan supaya menambahkan lagi seri di pagi Syawal nanti.


Pun begitu, baru-baru ini kecoh di Twitter apabila seorang lelaki difahamkan sakan menggunakan kad bank orang lain untuk membeli-belah barang-barang khusus buat isterinya.

Difahamkan pemilik kad itu tertinggal kadnya di mesin ATM dan lelaki itu dipercayai berada di belakangnya namun tidak memberitahu dirinya tentang hal itu malah segera mengambil dan belanja untuk kepentingan sendiri.

“Uish, barang pun bukannya murah semuanya!”

Tindakan lelaki ini yang selamba saja ‘paywave’ kad orang lain itu sempat dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di premis-premis dalam sebuah pusat membeli-belah.

Bukan itu saja, barang-barang yang dibeli juga mencecah ratusan ringgit kerana pergi ke premis-premis pakaian yang berjenama. Bukti transaksi yang dibuat lelaki ini juga dimuat naik di bahagian thread Twitter tersebut.

Bank

Difahamkan wanita tersebut telah memuat naik update di Facebooknya dengan menyatakan bahawa dirinya telah mendapat semula wang berserta kad milik selepas lelaki tersebut menggantikan bayaran dengan jumlah yang sama.

Takut ya bila jadi macam ni… Korang semua pastikan double check setiap kali dah keluarkan duit tau…

Baca: Harga Cuma RM 10, Kad Baru Touch ‘n GO Ini Boleh Reload Nilai Menerusi Apps?

Untitled 1 10

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.