in

Harga Cuma RM 10, Kad Baru Touch ‘n GO Ini Boleh Reload Nilai Menerusi Apps?

Ft Kad Tng Boleh Topup Dari E Wallet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kad fizikal Touch ‘n GO tidak boleh ditambah nilainya menerusi aplikasi Touch ‘n Go e-wallet.  Jadi, pengguna terpaksa tambah nilainya secara berasingan.


Namun kini, Touch ‘n GO telah melancarkan kad jenis baharu yang mempunyai ciri tambah nilai secara NFC di mana kita boleh tambah nilai kad tersebut menerusi telefon.

 

Enhanced Touch ‘n Go 

Menurut sumber, pengguna perlu membeli kad baru ini jika ingin nikmati fungsi terbaru tersebut. Namun, dengan kad baru ini juga, jumlah amaun antara kad dan TNG e-wallet masih tetap berbeza. Cuma boleh top up dari apps.

Amanz

Difahamkan, kad ini telah pun ada dijual dan setelah menerima kad tersebut, ia berlu disambungkan dan didaftarkan ke dalam aplikasi TNG e-wallet. Namun fungsi NFC ini akan aktif bermula bulan Mei nanti.

Menerusi Amanz, kaedah NFC ini juga menyokong pengguna Android mahupun iPhone. Menurutnya, kita hanya perlu melakukan pemilihan nilai kredit yang ingin ditambah dan sentuh kad TNG baru ini dekat bahagian NFC di telefon untuk tambah nilai.

Ok dah boleh beli awal untuk raya nanti.

Baca : [VIDEO] Netizen Bengang Tengok Pemandu Kena Bayar Tol 2 Kali Sebab Motor Lalu

Ft Motor

Sumber: Amanz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.