Viral di media sosial mengenai satu gambar babak daripada drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa, dimana gambar itu menunjukkan babak Uqasha Senrose sedang melahirkan anak.
Gambar itu viral sebab ia menjadi bahan jenaka netizen kerana dalam babak tersebut, dilihat Uqasha melahirkan anak sambil memakai seluar yang dianggap tidak logik.
Gambar yang diambil daripada Instagram @curicuriklik itu tersebar di Twitter sebagai ‘bahan’ warganet.
Melahirkan anak pakai seluar
Walaubagaimanapun, pengarah drama tersebut, Michael Ang tampil memberikan penjelasan kepada mStar Online situasi sebenar. Katanya, ia hanyalah sekadar gambar fotografi ketika penggambaran dan ia bukanlah babak sebenar dalam tersebut.
Takkanlah saya nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan semua orang – Netizen
Malah, Michael Ang juga menghormati aurat seseorang dan ia bukanlah sewang-wenangnya meminta Uqasha buka seluar di depan pelakon dan kru lain yang ada disekeliling.
“Gambar yang tular itu bukanlah dalam footage puun dan ia gambar di luar kamera. Sekadar gambar sekitar penggambaran.”
“Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat. Takkanlah saya nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan semua orang dan sebab itu la ada letakkan ain.”
Katanya lagi, dalam babak sebenar penonton akan faham apa yang ingin disampaikan.
“Saya tak kisah dengan kecaman atau kritikan netizen. Saya anggap ia sekadar lawak dan sebenarnya kelakar juga bila dapat tahu ada orang muat naik foto itu dan tular.”
Walaubagaimanapun, Michael anggap ia sekadar jenaka dan terima kecaman netizen dari sudut positif.