in

Viral Ustazah ‘Menjual’ Depan Kaabah, Menteri Agama Nasihat Jemaah Haji Elak Promosi Produk

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, viral satu video apabila seorang pendakwah bebas telah mempromosikan suplemen minda ketika berada di Masjidil Haram.


Tindakan ustazah tersebut telah mendapat teguran dari netizen ekoran merasakan tindakan tersebut seperti ‘menunggang agama’ kerana menggunakan tempat suci untuk berniaga.

Fvwnvdjxwaa6Dg0

Malah, menerusi hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW juga pernah bersabda sekiranya seseorang menjual beli di dalam masjid, Allah tidak akan untungkan perniagaan.

Sekiranya kamu melihat seseorang yang menjual atau membeli di dalam Masjid, maka katakan padanya, “Allah tidak akan menguntungkan perniagaan kamu”

Ekoran dari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah menasihati jemaah haji Malaysia untuk tidak menjalankan aktiviti perniagaan atau mempromosikan produk ketika berada di hadapan kaabah.

51518087921 Idrisahmad

Memetik laporan dari Bernama, Idris mengatakan bahawa jemaah haji yang juga ‘tetamu Allah’ sepatutnya memanfaatkan tempoh sepanjang berada di Tanah Suci untuk membuat ibadah bagi mendapatkan haji yang mabrur.

Tambahnya lagi, perlakuan berniaga dan mempromosikan barang ini juga turut boleh mengganggu jemaah haji lain yang datang ke sana untuk beribadah.

Sepatutnya fokus kepada ibadah haji lebih-lebih lagi depan kaabah, tempat mustajab untuk berdoa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak patut berlaku.

Perbuatan seperti ini kadang-kadang boleh mengganggu jemaah haji lain untuk beribadah.”

Walaupun berniaga tu sunat dalam Islam, kita boleh je guna banyak platform yang dah sedia ada untuk promosikan barang, jadi tak perlulah nak guna masjid atau kaabah untuk lakukan produk. Apa pendapat korang?

 

Baca: Tular Video Ustazah ‘Promote’ Suplemen Minda Depan Kaabah, Ini Respon ‘Sentap’ Dari Ustaz

Screenshot 2022 06 22 At 12.28.41 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.