in

Lelaki 20 Tahun Diliwat 8 Kali Bergilir-gilir Masa Jogging Sendirian, Siap Dipaksa Seks Oral 2 Lelaki!

Liwat

Ketika sedang jogging bersendirian berhampiran di kawasan rumahnya di Jalan PJU 6 A, Damansara. pemuda 20 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran di sebuat pusat membeli belah di Damansara ini disapa oleh  2 lelaki yang sedang minum minuman keras dan ditanya pelbagai soalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Bin Mohd Faisal berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang kelmarin, suspek tiba-tiba menarik tangan mangsa dan mengarahkan mangsa membonceng motosikal salah seorang suspek.

 

Diliwat bergilir-gilir

Mangsa dibawa ke rumah suspek di kawasan Kg. Sg. Kayu Ara, mangsa cuba melawan tetapi gagal

“Pengakuan awal mangsa mengaku telah diliwat secara bergilir-gilir dengan kedua-dua suspek sebanyak 8 kali serta dipaksan melakukan seks oral.”

Tambah Nik Ezanee, mangsa yang telah dihantar pulang oleh suspek ke kawasan berhampiran rumah mangsa selepas kejadian itu kini sedang dirawat di PPUM untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, suspek yang berumur 31 dan 36 tahun itu telah ditangkap polis pada 21 Februari lebih kurang jam 11.00 malam di kawasan Kg. Sg. Kayu, Ara, Damansara Utama.

Katanya lagi, semakan rekod lampau mendapati suspek yang berusia 36 tahun mempunyai 2 rekod lampau lampau dalam kes jenayah.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama 7 hari dan kes disiasat di bawah seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.”

Mangsa boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

 

Baca : “Abang angkat durjana” – Pemotong Rumput Mengaku Rogol Adik Perempuan 10 Tahun, Liwat Adik Lelaki 8 Tahun

Liwat2