in

“Abang angkat durjana” – Pemotong Rumput Mengaku Rogol Adik Perempuan 10 Tahun, Liwat Adik Lelaki 8 Tahun

Pada 27 Oktober lepas, seorang pemuda 26 tahun yang bekerja sebagai pemotong rumput telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus.

Dia didakwa merogol mangsa yang dikatakan adik angkatnya kira-kira jam 12 tengah malam, pada 31 Ogos lalu. Lapor Astro Awani.

 

Rogol adik angkat perempuan 10 tahun & liwat adik angkat lelaki umur 8 tahun

Lebih kejam lagi, tertuduh, Wan Muhammad Eduan Wan Muhammad Najib juga turut mengaku bersalah atas tuduhan lain dimana dia melakukan amang seksual fizikal terhadap adik lelaki mangsa di rumah yang sama kira-kira jam 2 petang pada 16 September lalu.

Sepanjang tempoh tahanan mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadapnya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman sebelum ini.

Hari ini, atas dakwaan yang dikenakan mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebelum ini mendapati bahawa Wan Muhammad Eduan bersalah. Dia dikenakan penjara 13 tahun dan 5 sebatan.

 

Baca : Lelaki Mengaku Diliwat Pemimpin Politik Dan Dibayar RM300 Untuk Setiap ‘;Layanan’