in

“Legging ketat tu…” – Tampil ‘Rugged’ Dalam Drama Terbaru, Mira Filzah Ditegur Kerana Pakai Seluar Ketat?

Filzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, pelakon Mira Filzah ini selalu disinonimkan dengan penampilan sopan, menutup aurat dan lemah lembut orangnya. Sebab tu lah ramai lelaki yang cair kalau sebut pasal Mira ni.


Tapi baru-baru ni, ramai di kalangan netizen dapat perasan macam ada perubahan yang berlaku dengan penampilan terbaru Mira dalam satu drama bersiri ni. Hal ini jadi sebutan ramai bila Mira memuat naik gambarnya memakai leggings berwarna hitam di Instagram.

 

Mira pakai leggings ketat? 

Menerusi posting dengan caption, “So how was it? Best tak first episode?! More to come okay!” Mira dilihat bergambar dengan pelakon-pelakon dari drama bersiri Sweet Dreams, antaranya seperti Ben Amir, Nina Juren, Yuna Rahim dan lain-lain.

 

“Leggings ketat tu macam tak sesuai. Jauh sangat dengan imej bertudung” 

Seperti yang korang dapat jangka, meskipun Mira nampak stylo dan cantik, ramai di kalangan netizen tak suka dengan penampilan ni sebab kata dorang leggings tersebut terlalu ketat sekaligus menampakkan bentuk kaki Mira.

Penampilan ini katanya memang tak sesuai dengan imej bertudung Mira yang selama ni nampak sopan dan sentiasa menutup aurat. Haih… 

Ketat
sumber: instagram

Apa-apapun min rasa korang kena bersabarlah sebab Mira akan banyak tampil dengan gaya macam ni dalam drama terbarunya bertajuk Sweet Dreams. Nah tengok gaya terbaru Mira yang min rasa sweeeettt angat!

Pakai jelah apapun Mira ni. Nampak comel ajekan dia? 

Baca: “Muka nampak penat, tapi masih comel” – Netizen Puji Mira Filzah Tetap Layan Peminat Walaupun Penat

Alele

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.