Sedang ramai bersedih atas insiden tembakan rambang di dua masjid dekat Christchurch, New Zealand, ada pulak individu so called ‘ustaz’ ini mengeluarkan komen yang menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Menerusi perkongsian netizen di Facebook, ustaz yang dikenali Adam Iman ini menuduh mereka yang terbunuh di Christchurch tempoh hari merupakan pelarian yang lari daripada jihad. Ya Robbi apa punya pemikiran!
“Ingatlah, lari dari jihad peperangan tidak menyebabkan hidup kita makin lama & berpanjangan”
Menurut posting kontroversi itu, ‘ustaz’ terbabit menuduh yang rata-rata yang terbunuh semasa tembakan di Christchurch itu merupakan pelarian dari negara Timur Tengah. Jadinya, kematian mereka merupakan ‘balasan’ akibat melarikan diri daripada jihad peperangan di sana.

“Bodoh duduk Malaysia jangan sembang pasal jihad”
Rata-rata netizen yang membaca posting ni memang jelas sakit hati sebab ‘ustaz’ ni seakan-akan menghina mangsa insiden di Christchurch.


“Saya minta maaf atas kenyataan yang menyinggung perasaan…”
Apa-apapun, setelah menerima tekanan daripada netizen ramai, Adam Iman telah pun memohon maaf dan menarik semula postingnya mengenai insiden di Christchurch. Bagi admin, adalah lebih baik kita jangan buat apa-apa telahan kepada mangsa yang sudah pergi. Hanya Allah yang wajar tentukan apa yang betul dan apa yang salah.

Haih… macam-macam perangai orang sekarang. Lebih baik berdoa daripada bercakap perkara yang menyinggung hati keluarga mangsa.