in

“Lain sangat dengan Malaysia” – Lelaki Dedah Cara China Kawal COVID 19, Buat Lockdown Hanya Sebab 1 Kes

Lockdown China Tegas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun pernah menjadi negara pertama yang menjadi punca penyebaran wabak COVID 19 ke seluruh dunia, China nampaknya kini semakin berjaya mengawal wabak tersebut dari terus merebak ke pelusuk lain di negaranya.


Menerusi perkongsian pengguna TikTok Vincent Lee, dia membandingkan cara pengurusan wabak COVID 19 di Malaysia dengan negara China yang jauh lebih tegas dan tersusun hingga berjaya mengekang virus itu terus merebak.

 

Satu kawasan jadi ‘red zone’ hanya kerana 1 kes COVID 19 

Vincent menerusi videonya telah memaparkan sebuah kawasan berisiko tinggi yang mana lockdown telah dilaksanakan di sana kerana wujud satu kes positif.

Di kawasan yang menempatkan lebih 30 blok apartmen itu, kesemua kedai-kedai yang berdekatan telah diarahkan tutup dan mereka juga mempunyai kawasan checkpoint yang mana ia menjadi satu-satunya pintu keluar masuk ke dalam kawasan itu.

Police

Malah di dalam kawasan lockdown itu juga menurutnya, terdapat sukarelawan yang akan menyediakan barang keperluan harian kepada penduduk.

Tambahnya lagi, jika ada orang luar memasuki kawasan lockdown tersebut, mereka tidak dibenarkan keluar kerana kod QR di dalam aplikasi akan bertukar merah yang menunjukkan mereka berada di kawasan berisiko tinggi.

Lockdown

Dek kerana kerajaan terlalu tegas dengan undang-undang mengekang wabak ini, penduduk di sana memang akan patuh dengan peraturan ditetapkan.

Malah tak cukup dengan itu, pihak kerajaan juga katanya akan membuat ujian COVID 19 secara berterusan di kawasan berisiko tinggi hingga mereka yakin untuk tarik semula perintah lockdown di kawasan itu. Fuh gilalah! 

@cardevect

Lockdown because of 1 Covid-19 case in China #covid19 #covid #lockdown #mco #pkp #china #malaysia

♬ original sound – Vincent Lee – Vincent Lee

 

“Ni baru betul lockdown” 

Video tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang berharap kerajaan Malaysia menjadikan situasi di China sebagai contoh untuk melakukan lockdown secara betul dan dapat menurunkan kes COVID 19.

Lockdown Di China

Apa-apapun diharapkan bukan saja kerajaan yang perlu lebih tegas dalam penetapan undang-undang berkaitan PKP, rakyat juga pada masa yang sama perlu patuh dengan peraturan yang ditetapkan.

Semoga negara kita pulih dari wabak ini tidak lama lagi. 

Baca: “Lebih ganas, jumlah kematian lebih tinggi” – Penyelidik China Beri Amaran Mengenai Varian Baru Covid-19

Wabak Delta

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.