in

“Lebih ganas, jumlah kematian lebih tinggi” – Penyelidik China Beri Amaran Mengenai Varian Baru Covid-19

2China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita masih belum menang dalam peperangan menentang virus Covid-19. Dengan wujudnya Varian Delta yang lebih berbahaya dari sebelumnya, timbul kerisauan penduduk dunia terhadap virus pembawa maut ini.


Terkini, penyelidik terkenal di makmal Wuhan, China mengeluarkan amaran tentang kemunculan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dengan jumlah kematian dijangka akan melonjak ke angka lebih tinggi.

Screenshot 2021 08 08 At 12.59.12 Pm
Sumber: harian metro

Menurut laporan Harian Metro, ‘Wanita Kelawar’ ataupun nama sebenarnya Shi Zhengli, melaporkan perkara itu dan telah memberi amaran kepada dunia mengenai varian baharu Covid-19 itu.

Nama Zhengli mula dikenali selepas menjadi antara orang pertama yang membongkar genom SARS-Cov-2 yang pertama kali dikesan pada Disember 2019.

Pakar juga mendakwa mutasi itu berlaku berkemungkinan kerana virus itu sudah berada di serata dunia.

 

Disinfeksi besar-besaran

Dalam satu laporan lain dari Sinar Harian, kerajaan China juga telah melakukan satu disinfeksi besar-besaran di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah China.

Tindakan ini diambil oleh China selepas tercetusnya gelombang baharu Covid-19 di bandar tersebut.

Screenshot 2021 08 08 At 12.58.58 Pm
Sumber: sinar harian

Antara kawasan yang menjadi fokus disinfeksi termasuklah stesen keretapi, hospital, pusat membeli-belah dan lebih 1,700 jalan utama bandar itu.

Untuk rekod, China melaporkan sebanyak 124 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Jumaat lalu.

 

Baca: Varian Delta Boleh Tersebar Dalam Masa 15 Saat & Boleh Dijangkiti Melalui Udara – Dr. Hisham

Screenshot 2021 08 08 At 1.00.39 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.