in

Kumpulan eSports Ini Terdiri Daripada Warga Emas Umur 66-73 Tahun, Buktikan Usia Bukan Halangan

F3 Matagi Snipers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Permainan esports sememangnya terkenal dalam kalangan remaja dan anak muda masa kini. Namun, tak pernah la pula kita tengok ada warga emas yang turut menyertai games seperti ini.


Jadi, kali ini kami nak kongsikan tentang kisah sebuah kumpulan esports di Akita, Jepun yang terdiri daripada warga emas berusia 66 sehingga 73 tahun, lapor Kotaku.

Matagi Snipers 1

Difahamkan, kumpulan yang dikenali sebagai Matagi Snipers itu ditubuhkan oleh syarikat IT S2 Co untuk memperkenalkan manfaat sukan ini kepada kesihatan warga tua.

Dalam masa yang sama, atok-atok ni boleh lah show off dekat cucu dorang yang dorang pun tahu trend online game remaja zaman sekarang ni.

Memetik laporan NHK, kumpulan ini mempunyai lapan orang ahli dan mereka dijangka akan menganjurkan live streaming pada Oktober ini. Jadi, sekarang mereka sedang giat berlatih selama tiga kali seminggu bermula Julai lepas.

Matagi Snipers 2

Menurut salah seorang ahli kumpulan itu yang dikenali sebagai Eba, 67 tahun, dia sebelum ini tak pernah langsung main permainan video.

Saya rasa permainan seumpama ini boleh membantu saya untuk menajamkan otak terutamanya ketika membincangkan strategi dengan ahli kumpulan ketika bermain dan menggerakkan tangan dan mata pada waktu yang sama,” katanya.

Kumpulan ini juga merancang untuk menyertai pertandingan pada April 2022 nanti.

Penyertaan warga emas dalam pertandingan esports ini dilihat satu perkembangan yang bagus sebab sekurang-kurangnya, mereka tak akan bosan duduk di rumah 24 jam lepas bersara.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan age is just a number.

Sumber: Kotaku 

Baca: Jepun Bakal Buka Esport Gym Pertama Di Dunia! Siap Ada Khidmat Jurulatih Profesional

Matagi Snipers

Sumber: Kotaku
Sumber: NHK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.