in

Jepun Bakal Buka Esport Gym Pertama Di Dunia! Siap Ada Khidmat Jurulatih Profesional

Fi Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa zaman-zaman sekolah dulu, siapa yang suka pergi lepak main game dekat kafe siber lepas habis waktu sekolah dulu? Habis waktu sekolah eh bukan tengah waktu sekolah hehehehe.



Memang betullah eSport ni dah makin mendapat tempat, sebab gym eSport pertama di dunia akan dibuka tak lama lagi.

 

Bakal dibuka di Jepun

Selama ni korang dengan gym untuk buat badan kan? Kalini korang dapat tahu ada gym untuk para penggemar game yang akan dibuka di Tokyo, Jepun, 19 Mei nanti untuk orang ramai menurut TechSpot.

Konsep dia mungkin agak sama dengan kafe siber yang korang selalu pergi waktu sekolah dulu, tapi caranya agak lain sikit. Kepada sesiapa nak datang, perlu bayar sebanyak 13 USD (RM53) untuk gunakan komputer di sana selama 3 jam.

Game 1

Selain itu, untuk mereka yang kuat main game boleh bayar membership selama sebulan bernilai 50 USD (RM206) yang membenarkan akses tanpa had. Gilakan siap ada tawaran lagi.

Tapi tak cukup gila, gym eSport ni juga ada sediakan khidmat jurulatih profesional dengan bayaran sebanyak 25USD (RM103). Tambahan pula, jurulatih yang ada bukan calang-calang sebab mereka datang dari organisasi eSport yang besar seperti Crest Gaming, JeSU, dan Glory Be Esports.

Seterusnya, permainan yang dimuat naik ke dalam komputer di sana adalah permainan yang terkenal di Jepun buat ketika ini seperti Valorant, League of Legends, Rainbow Six Siege, Identity V, dan Puyo Puyo.

Kalau ada kat Malaysia ni, mesti penuh gila.

 

Baca : 2 In 1! KFC Perkenalkan PC Yang Boleh Panaskan Ayam Sambil Main Game

Foot Game

Sumber: TechSpot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.