in

Kerana Kes Kematian Covid-19 Yang Tinggi, Jenazah ‘Beratur’ Tunggu Giliran Untuk Diuruskan

Ft Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dek kerana angka kematian akibat Covid-19 tinggi di negara kita sejak kebelakangan ini, Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) berdepan situasi getir apabila mengalami masalah tunggakan dalam pengurusan mayat.



Menurut laporan, jenazah pesakit yang mati disebabkan wabak itu dan kes kematian bukan Covid-19 kini ‘beratur’ dan menunggu giliran untuk diuruskan.

Apatah lagi, pengurusan jenazah Covid-19 perlu dilakukan dengan lebih teliti oleh pasukan petugas barisan hadapan berbanding jenazah bukan Covid-19. Lebih-lebih lagi, pengebumian bagi yang beragama Islam atau pembakaran bagi bukan Islam harus disegerakan.

Mayat Covid E1621422115704 1

 

Peti simpan mayat dah tak cukup

Lebih merisaukan lagi, menurut Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Salmah Arshad, peti simpanan mayat sedia ada di IPFN kini tidak mencukupi. Katanya, mayat kini diletakkan dalam kontena yang boleh memuatkan antara 12 hingga 20 mayat bagi kontena bersaiz 6 meter (20 kaki) sementara tiba giliran untuk diuruskan.

“IPFN ada 36 peti simpanan mayat, namun kami memantau atau mempunyai tempat simpanan lain. Contohnya, 10 peti di Hospital Tunku Azizah, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (empat) dan Institut Kanser Negara (dua). Jumlahnya 52 peti simpanan mayat dan kita ada ‘back-up’ kontena untuk menyimpan mayat.”

“Bagi mayat yang dibakar pula, ia bergantung pada krematorium. Untuk Lembah Klang, hanya ada satu lokasi, iaitu yang diuruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Satu oven hanya untuk satu mayat.”

“DBKL juga memberi khidmat pembakaran mayat bukan COVID-19, justeru terpaksa menunggu giliran.”

Bagi mayat bukan Islam, waris dikatakan boleh pilih sama ada nak mangsa dikebumikan atau dibakar dan proses pembakaran setiap mayat memakan masa antara 2 hingga 3 jam berbanding kes bukan Covid-19, hanya 45 minit hingga sejam.

Mayat2

 

Dulu hanya 1-2 kes BID dalam tempoh sebulan

Selain itu, peningkatan jumlah kematian di rumah atau ‘brought-in-dead’ (BID) membabitkan virus Covid-19 ini juga semakin membimbangkan. Pada gelombang pertama dulu, kematian Covid-19 di luar wad hanyalah satu atau dua kes sebulan tapi kini kes seumpama itu cecah tiga atau empat sehari.

“Tahun lalu, kita jarang menerima kes (mati) di rumah, (sebaliknya) kita dapat kes di hospital. Maksudnya, pesakit dimasukkan ke wad, dirawat dan mati di hospital. Yang merunsingkan sekarang ialah kematian di luar hospital, yang tidak sempat dirawat. Simptomnya terlalu cepat dan ini menyedihkan.”

“Sememangnya terdapat perubahan… dulu memang kita menjangka kematian membabitkan pesakit yang berusia dan ada penyakit seperti jantung, buah pinggang dan obesiti. Itu faktor yang menyumbang kepada risiko kematian pada tahun lalu ketika gelombang pertama.”

Mayat3

“Pada gelombang ketiga, kita tidak dapat jangka sebab tidak mengira usia, ada yang muda dan berusia. Paling muda yang kita terima meninggal di rumah adalah berumur 20-an dan tiada penyakit.”

“Kini, semua kena berhati-hati serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana semua boleh terdedah dan mati kerana COVID-19.”

Ingat, kalau tak ada kepentingan dan keperluan korang duduk rumah je okay!

Baca: “Kes kategori 4 & 5 meningkat” – Penggunaan Katil ICU Bagi Pesakit Covid-19 Kini Cecah 104 Peratus

Ft Katilicu

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.