Korang Takkan Percaya Gambar-gambar Ini Diambil Di Malaysia! Jurugambar Share 6 Spot Awesome Untuk Rakam Keindahan Bima Sakti

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau tengok gambar macam aurora dan gugusan bintang Milky Way atau dalam Bahasa Melayunya Bima Sakti ni, korang mesti ingat gambar-gambar ni hanyalah pemandangan yang boleh dilihat di luar negara je. Tapi tahukah korang, sebenarnya korang boleh je nikmati keindahan gugusan bintang Bima Sakti ini di Malaysia dengan mata kepala korang sendiri!

Well baru-baru ni, seorang jurugambar bernama Grey Chow telah mendedahkan 6 spot menarik (siap dengan rujukan GPS) bagi korang yang ingin merakam gambar Milky Way di Malaysia. Takyah nak merantau jauh hingga ke Europe, kat Malaysia pun boleh dapat gambar boom macam ni tau! 

 

Cameron Highlands

Tempat ni merupakan favourite spot bagi Grey sebab ia merupakan antara tempat yang mempunyai pemandangan terindah di Malaysia.

Selalunya Grey akan ke Sungai Palas Tea Plantation yang mana ada pemandangan terbaik bukan saja untuk lihat Bima Sakti tapi juga untuk korang saksikan view terbitnya matahari. Sesuai jugak kalau korang buat pre-wedding photography kat sini.

Sumber: Grey Chow
Sumber: Grey Chow

Koordinat GPS untuk spot ini: 4.517530, 101.406893

Sumber: Grey Chow

Koordinat GPS untuk spot ini: 4.521707, 101.398682

Sumber: Grey Chow

Koordinat GPS untuk spot ini: 4.525724, 101.390234

 

Mersing, Johor 

Kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highlands, Grey berpendapat langit di Mersing ni lagi kurang pollution dan korang boleh lihat gugusan bintang Bima Sakti lebih clear di sekitar kawasan berdekatan dengan pantai.

Shooting spot terbaik di Mersing terletak di sebuah pulau kecil yang dinamakan Pulau Mawar yang berdekatan dengan Pantai Mersing. Korang boleh je park kereta berdekatan dengan pantai dekat pinned point di bawah lepas tu jalan ke pulau tersebut.

Sumber: Grey Chow

Koordinat GPS untuk Mersing Beach Car Park: 2.603342, 103.781046

Sumber: Grey Chow

 

Gunung Kinabalu, Sabah 

Kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak memang ada pemandangan yang jauh lebih cantik dan keindahan langit malam yang awesome. Menurut Grey, lebih baik korang guna apps Stellarium, Starwalk atau Starchat untuk periksa waktu yang sesuai untuk melihat Milky Way.

Sumber: Grey Chow

 

Batu Pahat 

Tak seperti Mersing tadi, kawasan di Batu Pahat ni sesuai untuk shooting waktu matahari terbenam daripada terbit. Kebanyakan spot merakam gambar pulak tak terlalu jauh dari bandar dan ada beberapa lagi dekat dengan jeti nelayan.

Nasihat Grey, elok korang tinjau kawasan ni dulu pada waktu pagi takut korang tersesat kalau pergi waktu malam.

Sumber: Grey Chow
Sumber: Grey Chow

Koordinat GPS rumah tinggal: 1.746425, 102.989223

Sumber: Grey Chow

 

Empangan Kuala Kubu Bahru 

Bagi tempat berdekatan dengan Kuala Lumpur, Kuala Kubu Bahru adalah spot yang paling sesuai untuk rakam Bima Sakti. Perjalanan nak ke sana lebih kurang 45 minit tapi admin rasa sangat berbaloi sebab gambar kat situ memang da bomb!

Sumber: Grey Chow

Koordinat GPS Empangan Kuala Kubu Bahru: 3.579827, 101.728738

 

Empangan Semenyih 

Sungguhpun tempat ni tak berapa nak ideal sikit sebab ada pencemaran cahaya, tapi kalau korang terasa boring dengan spot yang lain-lain tu, spot kat Semenyih ni pun boleh tahan lawa jugak.

Sumber: Grey Chow

Koordinat GPS Empangan Semenyih: 3.097491, 101.895413

Cantikkan gambar-gambar ni? Kalau korang berminat untuk mendapatkan tips yang lengkap, pergi je ke laman web Grey Chow. Kat situ macam-macam tips dia ajar tau. 

Baca: Tak Perlu Pergi Oversea Kalau Nak Merasa Bercuti Tempat Cantik Macam Ni, Malaysia Pun Ada!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!