in

Kompleks Beli Belah 1 Utama Akan Dibuka Seperti Biasa Esok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan peningkatan sebanyak 105 kes seperti yang dilaporkan semalam oleh media, Kluster 1 Utama menjadi antara kluster yang membimbangkan rakyat Selangor yang kini sedang menjalani PKPB sehingga 27 Oktober ini.


Walau bagaimanapun, pusat membeli belah 1 Utama bakal membuka semula operasinya pada Sabtu ini (17 Oktober) selepas melakukan sanitasi terhadap seluruh bahagian kompleks tersebut.

“Pusat membeli belah kami akan dibuka seperti biasa dalam tempoh PKPB ini sehingga 27 Oktober dengan waktu operasi dari 10 pagi hingga 10 malam.Β 

“Beberapa kedai akan dibuka di bawah waktu operasi fleksibel sekitar jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari,” kata 1 Utama dalam kenyataannya di Facebook.

[π–π„π‹π‚πŽπŒπ„ ππ€π‚πŠ π“πŽ 𝟏 π”π“π€πŒπ€] No we are not exaggerating. We practically ran marathons to get here. After a short break, we…

Posted by 1 Utama Shopping Centre on Khamis, 15 Oktober 2020

 

Tambah 1 Utama lagi, pengunjung mall tersebut tidak perlu risau kerana langkah berjaga-jaga juga telah diambil dengan mencatat suhu pekerja dan pelanggan yang datang ke mall tersebut termasuklah menyediakan hand sanitizer.

Malah kesemua pekerja, pengawal keselamatan dan staf di mall tersebut juga telah menjalani ujian COVID 19 dan selamat untuk bertugas.

“Pihak pengurusan kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman membeli belah yang selamat buat pelanggan dengan menggunakan cecair pencuci gred hospital dan membersihkan udara dengan menggunakan penapis udara yang berkualiti serta lampu ultraviolet yang kuat,” jelas pihak 1 Utama lagi.

Harap tiadalah yang takut untuk ke 1 Utama lagi.Β 

Baca:Β Kes Dari Kluster 1 Utama Meningkat 105 Orang Positif Covid-19

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.