in

KKM Lapor 60 Kluster Aidilfitri & Gawai Dikesan Babitkan 3,511 Jangkitan & 20 Kematian

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sekatan jalan raya telah dibuat dan kerajaan telah melarang kunjung-mengunjung semasa perayaan, KKM melaporkan sebanyak 60 kluster telah dikesan berpunca dari perayaan Aidilfitri dan Hari Gawai.


Sepanjang 13 Mei hingga semalam, KKM telah mengesan sebanyak 58 kluster dari Hari Raya Aidilfitri dan dua lagi kluster dari sambutan Hari Gawai.

Menurut Malay Mail, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan antara 13,023 orang dari 60 kluster ini yang telah menjalani ujian saringan Covid-19, 3,511 daripada mereka dilaporkan positif.

199722242 10157985518966237 7822966294237702514 N

Bukan itu sahaja, seramai 20 kematian telah dilaporkan dan 11 pesakit telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Negeri yang merekodkan angka tertinggi kluster perayaan adalah Sabah dengan 11 kluster, Sarawak 8 kluster dan Kedah 7 kluster,”

Tambah Dr Hisham, situasi peningkatan kes dan kematian dari kluster-kluster ini adalah amat membimbangkan kerana ia berlaku dalam jangka masa yang singkat.

Unnamed 1

Jika orang ramai masih bersikap sambil lewa dan tak ambil pengajaran dari ziarah menziarahi dan merentas negeri ketika musim perayaan, tak mustahil akan ada peningkatan mendadak semula dalam negara kita.

“Ini merupakan tanggungjawab semua pihak untuk melindungi orang yang terdedah dengan virus ini seperti ibu bapa yang sakit di kampung.”

Semalam sebanyak 73 kematian telah dilaporkan di Malaysia ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat ke 3,684 kes sejak pandemik ini bermula tahun lepas.

Manakala seramai 911 pesakit telah dimasukkan ke dalam ICU dan 462 dari mereka memerlukan bantuan pernafasan.

 

Baca: KKM Kesan 12 Kluster Aidilfitri Lepas 2 Minggu Raya, Jangka Lebih Banyak Akan Datang

Screenshot 2021 06 11 At 2.57.45 Pm

Sumber: Facebook KKM
Sumber: KKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.