in

KKM Kesan 12 Kluster Aidilfitri Lepas 2 Minggu Raya, Jangka Lebih Banyak Akan Datang

Aidil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dua minggu sambutan Hari Raya Aidilfitri berlangsung, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini katanya telah mengesan 12 kluster COVID 19 berpunca daripada perayaan tersebut yang disambut pada 13 Mei lepas.


Perkara ini dinyatakan menerusi posting Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Hari ini merupakan hari ke 14 Syawal iaitu 2 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam seluruh…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Tuesday, May 25, 2021

 

Lebih membimbangkan, jumlah ini katanya akan meningkat dengan melibatkan lebih banyak negeri lagi.

Menurut carta yang dikongsikannya, 12 kluster itu melibatkan 470 kes yang disahkan setakat ini daripada 2,541 orang yang disaring.

Daripada jumlah itu pula, 70 orang dilaporkan mengalami gejala. Dua orang dimasukkan ke ICU, yang mana masing-masing melibatkan kluster Simpang Sahari di Labuan yang menjangkiti 88 orang.

1076308

Seorang pula dilaporkan meninggal dunia iaitu melibatkan kluster Jalan Tahir Manan di Kuala Selangor yang menjangkiti 24 orang.

Kluster pertama yang dikesan daripada perayaan ini ialah kluster Muhibbah Dua, Lahad Datu, Sabah yang mana 14 kes telah dilaporkan setakat ini dan hanya dikesan selepas 6 hari bermulanya perayaan Aidilfitri. Allahu… pantas ia merebak!

 

Kluster Aidilfitri terbesar di Kelantan 

Dalam pada itu, kluster Aidilfitri terbesar dicatatkan adalah di Kelantan iaitu kluster Kepulauan Tumpat yang mana 184 orang dilaporkan positif daripada 1,451 orang yang disaring.

Kluster ini pertama kali dikesan pada 22 Mei lalu.

Hm120Kluster 1605613506

Mengikut turutan negeri, Sabah mencatatkan kluster Aidilftiri terbanyak dengan 4 kluster. Manakala Kelantan dan Labuan masing-masing dua kluster. Selangor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang pula mencatatkan satu kluster.

Harapnya tiadalah lagi kluster baru dicatatkan melibatkan perayaan Aidilfitri. Takut pula bila difikirkan dengan kes makin meningkat ni… 

Baca: Polis Akan Guna Dron Untuk Pantau Pematuhan SOP Aidilfitri di Kawasan Perumahan

Dron

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.