in

“Kita tengok sape yang menang” – [VIDEO] Dua Pemandu Degil, Berlawan Siapa Dapat Masuk Tol Dulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin sebagai pemandu kereta, perkara yang paling buat korang semua annoyed bila sangkut dalam jammed. Betul tak?


Tambahan pula, pemandu di Malaysia ni amat terkenal dengan banyak karenahnya yang kadang-kadang pening bila kita lihat.

 

Berebut nak masuk lane

Baru-baru ini tular di media sosial video yang menunjukkan dua orang pemandu ‘tak nak kalah’ bila nak masuk lane tol.

Dapat dilihat kereta jenis Corolla Altis berwarna putih dan Perodua Bezza warna biru sedang bersaing untuk masuk ke laluan tol yang mereka mahukan.

Walau bagaimanapun, tak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku. Namun apa yang menarik perhatian, mereka tetap bersaing sampailah ke ruangan tol tersebut dan akhirnya pemandu Bezza tersebut mengalah.

Kedengaran juga tukang rakam tersebut siap bergurau mengatakan siapa yang akan menang dengan melihat perangai kedua-dua pemandu itu.

“Kita tengok sapa yang menang!”

Video kejadian tersebut telah dimuat naik melalui Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS dan sehingga kini meraih lebih dari 3k likes. 

Siapa nak tengok video tersebut, boleh tekan di sini.

 

“Saya gelak dengar suara tukang rakam ni… Ceria suasana”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perangai kedua- dua pemandu tersebut. Namun selain pemandu tersebut, ada juga yang seronok dengan karenah si tukang rakam yang dianggap menceriakan suasana.

Aihh sabar aje lahh tengok, korang jangan mengikut jadi macam ni pulak

 

Baca : “Tiba2 pulak dia nak escort” – Pemandu Kereta Selfish! Menyelit Depan Jentera Bomba Lepas Dengar Bunyi Siren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.